in

“Beza dua tahun je!” – Jodoh Tak Kenal Usia, Mak Mertua Umur Hampir Sebaya Dengan Menantu!

Untitled Design 2022 02 23T114247.119

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jodoh adalah rahsia Tuhan dan tidak ada sesiapa pun dapat menyangkanya. Ada yang baru berkenalan sebulan dah ke gerbang perkahwinan, ada juga yang yang bertemu jodoh di usia yang muda. Memang tak akan dapat disangka!



Baru-baru ini, sebuah perkongsian di TikTok telah menarik perhatian netizen dan telah mendapat lebih 370k tontonan serta lebih 200 komen.

@eila_nordin

Mak Mertua tak percaya dapat menantu hampir sama umuq #fyp #foryourpage #jodoh #cikgu #lecturer #menantu #mertua

♬ Pamela – Bots🇵🇭

Seorang pengguna TikTok dengan nama @eila_nordin berkongsi bagaimana dirinya bertemu jodoh dengan pilihan hati yang mempunyai umur hampir sebaya dengan ibunya.

Mak Mertua tak percaya dapat menantu hampir sama umuq – Eila Nordin

Dalam video yang dimuat naik olehnya itu, Eila menceritakan yang usia ibunya kini sudah 62 tahun manakala suaminya pula berusia 60 tahun.

Bekas pensyarah rupanya!

Eila juga turut berkongsi dalam laman TikToknya, suaminya itu sebelum ini pernah menjadi pensyarahnya ketika belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

@eila_nordin

Allah yang Maha Merancang. Suamiku bekas Lecturerku❤️. Isterimu bekas Studentmu. #fyp #foryourpage #jodoh #cikgu #lecturer #uitm

♬ original sound – NUR SHARMILA NORDIN – NUR SHARMILA NORDIN

Netizen pun mendoakan kebahagiaan mereka

Video pendek tersebut mengundang respon yang baik daripada netizen, ramai antara mereka yang kagum dengan perihal itu namun tidak kurang juga yang mendoakan kebahagiaan kedua mempelai itu.

Untitled Design 2022 02 23T113823.764

Eila juga memanjatkan rasa syukur atas perkahwinannya itu, serta berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka berdua.

Jodoh itu kan rahsia, yang penting saling mencintai dan hormat antara satu sama lain. Betul tak?

 

Baca:Wajah Seiras Tanda Jodoh? Doktor Bagi Penjelasan Dari Sudut Sains

Untitled Design 2022 02 23T114032.692

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.