in

“Betul ke tak perlu kumur-kumur lepas berus gigi?” – Doktor Ni Terangkan Konsep ‘Spit Don’t Rinse’

Untitled Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan tahap kesedaran rakyat negara ini tentang pentingnya penjagaan kebersihan gigi masih berada pada tahap rendah.


Ramai dalam kalangan kita yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak melakukan pemeriksaan gigi berkala di mana-mana klinik gigi berdekatan.

Sikap tidak ambil endah tersebut sebenarnya boleh mengakibatkan kita menderita pelbagai penyakit bahaya seperti periodental dan sakit gusi.

Kalau dah macam tu report yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, macam mana pulak agaknya dengan amalan penjagaan kebersihan mulut harian orang kita ni kan?

 

Tak perlu berkumur?

Gigi 1

Dari kecil kita sudah pun dibiasakan, selepas memberus gigi kita mesti berkumur.

Tapi sebenarnya ada satu konsep baru yang boleh diamalkan oleh kita selepas memberus gigi, iaitu ‘Spit Don’t Rinse’.

So maknanya, tak perlu kumur-kumur lepas berus gigi?

Ye betul. Kedengaran agak pelik bagi sesetengah orang, tapi sebenarnya cara ini akan memberi manfaat kepada oral hygiene kita.

Dalam satu perkongsian di laman Twitter, seorang doktor gigi @ib_shah berkata — cara itu sebenarnya adalah untuk menggalakkan ion fluorida dari ubat gigi berada di permukaan gigi dalam tempoh waktu yang lama.

Gigi 2

Gigi 3

 

Kalau tak biasa, buat cara lain

Memang pelik dan agak sukar untuk kita amalkan, tapi jangan risau jangan khuatir sebab ada dua cara lain yang kita boleh buat kalau kita rasa nak berkumur-kumur jugak.

Gigi 4

Dan katanya, kalau kita nak mengamalkan konsep ini — amount ubat gigi yang digunakan perlulah memadai, dalam anggaran 1cm atau sebesar pea je.

Gigi 5

Dengan amount yang betul, ubat gigi jika tertelan tidak akan mencapai taraf toksik kepada tubuh badan kita.

Apa pun, kalau ada yang kata geli sebab tak berkumur-kumur sebab banyak buih dalam mulut — cubalah ubah perlahan-lahan.

Mungkin boleh try guna tounge scrapper pulak untuk memaksimumkan tahap kebersihan mulut selepas memberus gigi.

Gigi 6

 

Baca: Lama Tunggu Di Klinik Tapi Belum Dipanggil? Baca Penjelasan Doktor Ini

A 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.