in ,

“Banyak surat khabar tahun 1911” – [GAMBAR] Photographer ‘Ternganga’ Bila Masuk Rumah Terbiar Berusia 100 Tahun Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peninggalan barang-barang di dalam rumah berusia lebih 100 tahun yang terbiar ini membuatkan jurugambar ‘ternganga’ dan tidak percaya. Menurut The Mirror, rumah yang terletak di County Tyrone, Northern Ireland itu nampak biasa dari luar namun dalamnya dipenuhi dengan banyak barang berusia termasuklah timbunan surat khabar bertarikh 1911.


Jurugambar bernama Rebecca baru-baru ini meluangkan masa untuk mendokumentasikan rumah pusaka turun temurun ditinggalkan oleh pemiliknya yang telah meninggal dunia.

Difahamkan, kali terakhir rumah berkenaan berpenghuni adalah pada tahun 2017 dan didiami oleh tiga beradik yang menjaga rumah peninggalan keluarga mereka itu.

Sebaik saja Rebecca masuk ke dalam rumah itu, dia terpegun dengan apa yang dilihatnya. Dalam rumah tersebut, memang banyak barang-barang lama termasuklah tin makanan dari awal abad ke-20 yang masih belum dibuka dan ditinggalkan di atas rak dapur.

Selain itu, Rebecca turut menjumpai gambar-gambar lama, peti barang, duit syiling serta barangan yang biasa ada di dalam sesebuah rumah. Contohnya almari, sofa, katil, frame gambar, jam serta baju, cadar dan selimut yang semakin mereput.

Beratus-ratus keping surat yang ditulis tangan juga dijumpai dalam laci meja berserta buku dan majalah. Paling menarik, terdapat tiga cerek antik yang terbiar di atas dapur masak dan surat khabar yang melaporkan tentang kejadian kapal karam Titanic pada tahun 1912.

Pada mulanya saya tengok dari luar dan rasa ragu-ragu untuk masuk. Tapi sebaik saja saya buka pintu, saya terpegun. Saya sangka ia hanyalah pondok kecil biasa tapi rupanya ia seperti muzium sejarah.”

Banyaknya barang antik. Mahal tu kalau dijual!

Baca: “Comeon guys, dah 2020. Phone biasa still boleh dapat gambar lawa” – Untuk ‘Beginner’, Boleh Guna Apps Ni Buat Gambar Korang Awesome

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.