in

“Bernas jugak idea ni” – Elak Pembakaran Terbuka, Pihak Berkuasa Chiang Mai Beli Daun Kering Daripada Penduduk

Bernas Jugak Idea Ni Elak Pembakaran Terbuka Kerajaan Thailand Beli Daun Kering Daripada Penduduk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi mencegah pembakaran terbuka dan pencemaran udara, pihak berkuasa Chiang Mai menawarkan untuk membeli daun kering daripada penduduk kampung.


Dry Leave E1616899132227
Gambar hiasan

Lapor portal The Star, pejabat Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli di Chiang Mai telah melancarkan skim di 34 perkampungan yang membenarkan penduduknya menjual daun kering dan sisa pertanian dari hutan dan ladang.

Ia susulan Chiang Mai dilaporkan menduduki tempat teratas dalam ranking pencemaran udara pada bulan ini ekoran pembakaran hutan dan ladang yang mengakibatkan jerebu berbahaya.

Difahamkan, sejak skim ini dilancarkan pada 15 Mac lalu, pihak berkuasa sudah berjaya mengumpul 16.69 tan daun kering setakat 24 Mac. Mereka menjangkakan untuk mencapai kira-kira 50 juta tan.

Pembakaran Terbuka Adalah Dilarang
Gambar hiasan

Untuk info, pembakaran terbuka yang berlaku setiap tahun meningkatkan masalah pernafasan dalam kalangan penduduk setempat.

Sesetengah kebakaran hutan dikatakan berlaku secara semula jadi. Pun begitu, kebanyakan daripadanya sengaja dimulakan untuk menghalau hidupan liar.

Walau bagaimanapun, maklumat mengenai harga pembelian daun kering dan sisa pertanian tidak didedahkan.

Sumber: The Star

Baca: “Syabas si bulus yang berjasa” – Kucing Jadi Hero Temui Bayi Perempuan Yang Dibuang Di Kawasan Pembakaran Sampah

Kucing Penyelamat E1616897108285

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.