in

“Berilah dia satu peluang” – Adik Nur Sajat Bersuara, Persoal Kesahihan Abang Sudah Ditahan

Adik Sajat Mustika Minta Abang Diberi Peluang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita mengenai penahanan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat di Thailand sudah semestinya membuatkan ahli keluarganya tertanya-tanya dan juga bimbang akan keadaannya.


Sama seperti orang lain, mereka juga menurut adik Sajat, Nur Mustika, tidak mengetahui perkembangan lanjut mengenai usahawan itu melainkan dari sumber berita di dada akhbar.

Mustika 1

Menerusi temubual dengan Harian Metro, Nur Mustika berharap abangnya diberikan satu lagi peluang untuk perbaiki kesalahan kerana beliau seorang insan yang baik.

Saya harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.

“Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua.

“Memang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah SWT yang tahu,” katanya.

 

Kali akhir bertemu pada Februari sebelum hilangkan diri 

Nur Mustika yang juga seorang instafamous berusia 33 tahun ini berkata, dalam situasi ini, sebagai seorang adik dia hanya mampu mendoakan agar abangnya kuat dan berjaya menempuh ujian.

Kali terakhir dia bertemu dengan Sajat ialah pada Februari lalu sebelum usahawan tersebut menghilangkan diri lepas tidak hadir kes mahkamah.

Foto Foto Dan Profil Mengejutkan Mustika Adik Nur Sajat Sejelita Kim Kardashian 3
Sajat dan mustika

“Saya tegur dia mengenai tindakannya yang menimbulkan kontroversi dan selepas itu saya tak tahu di mana.

“Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang.

“Saya sendiri pun tak mampu buat seperti mana dia. Sebab itu saya harap orang ramai tidak hanya menghukum atau melabel dia teruk dan sebagainya, sebaliknya beri dia dorongan dan semoga semua kesilapan sempat diperbetulkan,” katanya.

 

Keluarga persoal kesahihan Sajat telah ditahan 

Dalam pada itu, bila tanya mengenai kisah Sajat telah ditahan di Thailand, Nur Mustika berkata, dia hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan berita.

Mereka sekeluarga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun mempersoal kesahihan di sebalik perkara itu.

Sajat

Sebelum ini bila dia ditahan, ada bukti gambar dan video, jadi mana buktinya?

“Saya juga menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai keadaan dia namun saya tidak boleh komen kerana saya tidak tahu.

“Sebagai adik, saya hanya mampu doakan dia. Sama ada dia balik (ke Malaysia) atau tak, saya sendiri tak tahu,” kata Nur Mustika.

Apa-apapun diharapkan keluarga Sajat kuat semangat dengan dugaan yang menimpa ini. 

Baca: “Dia lari kerana diburu JAIS” – Siti Kasim Nafi Sajat Lari Daripada Hutang

Collage 46

Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.