in

“Bergegar sliding door rumah, ingat gempa bumi” – Letupan Di Rapid Pengerang, Penduduk Sekitar Terkejut Rumah Terasa Gegaran Kuat

Letup Pengerang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar! Tular di media sosial malam semalam, sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor meletup dan terbakar sekitar jam 1.28 pagi, lapor Astro AWANI.


Menerusi video yang viral sejak awal pagi tadi, letupan tersebut dipercayai turut sebabkan gegaran yang boleh dirasai sehingga ke kawasan Pasir Gudang. Uish jauh tu! 

Berlaku satu letupan di Rapid Pengerang sekitar jam 1.30pagi tadi..Gegaran dan bunyi letupan kedengaran sehingga ke Kota Masai..Terdapat beberapa buah rumah penduduk berhampiran yang rosak akibat gegaran berkenaan… Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terlibat di sana.

Posted by Offshore Life on Thursday, April 11, 2019

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=aquhPSVWndU

 

Petronas sahkan kejadian letupan, punca masih dalam siasatan

Sehubungan dengan kejadian yang menimpa malam tadi, Petronas telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan berlakunya letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang pada jam 1.25 pagi.

“Pasukan kecemasan dan kebakaran kami telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian.

“Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa telah pun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian,” kata pihak Petronas dalam kenyataan bertulisnya pagi Jumaat ini.

41555025209 Freesize
sumber: astro awani

 

“Terkejut dari tidur, dengar tingkap pintu rumah bergegar… ingatkan angin ribut kat luar rumah” 

Rata-rata netizen yang baru menyedari akan kejadian letupan berlaku semalam menceritakan pengalaman masing-masing beserta gambar di tempat kejadian.

56890264 1749865281825425 6449104445341958144 N

56781041 1108345342697656 5432020575780339712 N

56835632 1108345349364322 2503409473310162944 N

56899552 394686118036273 5671793438681464832 N

56931879 394686188036266 2395010902555361280 N
sumber: facebook

Ramai yang sebenarnya tak sedar pun semalam tu kejadian letupan. Ada yang ingat berlakunya gempa bumi atau bunyi guruh yang kuat. Seorang netizen juga turut berkongsi nasib rakannya yang alami kerosakan bumbung rumah gara-gara berlaku gegaran kuat tersebut. Aduh kesiannya. 

Pasir Gudang

56966794 892294887768745 92226176344391680 N

56764612 2775739692466157 2286036986571522048 N
sumber: facebook

Menurut New Straits Times, dua pekerja tempatan dilaporkan cedera akibat dari insiden tersebut. Namun tahap kecederaan mereka masih tidak diketahui bagaimana.

Mengikut pemeriksaan pihak bomba di kompleks terbabit pada jam 6.30 pagi, tiada lagi kesan api di tempat kejadian dan hab tersebut dilaporkan beroperasi seperti biasa.

Diharapkan mangsa terbabit cepat sembuh dan situasi di sekitar Pengerang dalam keadaan terkawal. 

Baca: “Ambulans dari pagi tadi tak henti-henti keluar masuk” – Keracunan Gas Kimia Sungai Kim Kim Makin Kritikal, 260 Murid Lagi Terima Rawatan

Sg Kim Kim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.