in

“Ambulans dari pagi tadi tak henti-henti keluar masuk” – Keracunan Gas Kimia Sungai Kim Kim Makin Kritikal, 260 Murid Lagi Terima Rawatan

Kim Kim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap tidak bertanggungjawab individu yang membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang telah menyebabkan ratusan pelajar di beberapa buah sekolah terjejas akibat terhidu gas beracun.


Menurut Harian Metro, dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort dan murid Sekolah Rendah (SK) Tanjung Puteri Resort pula diarahkan tutup susulan 260 pelajar alami simptom sesak nafas, pening, loya dan muntah.

 

“Allahu sedihnya tengok keadaan anak-anak ni” 

Mangsa yang paling kesian sekali admin tengok dalam kes ni ialah murid-murid di sekolah. Menerusi satu perkongsian di Facebook, murid-murid ni dilihat bergelimpangan atas lantai dewan sekolah dan ambulans pulak katanya tak henti-henti keluar dan masuk sekolah. Allah… kesiannya. 

Racun 1

53895399 10213328732324092 228909730968371200 N

54356037 10213328732644100 6940755235820273664 N
sumber: facebook

 

“Ambulans keluar masuk dewan” 

Dalam posting tersebut, ada juga dipaparkan video ambulans dilihat mengambil beberapa pelajar yang terkesan dengan bau kimia terbabit untuk dibawa ke hospital.

Posted by Qalisha Furhad on Monday, March 11, 2019

Rata-rata pelajar dalam video kat bawah ni pun nampak sangat perit menahan sakit. Allah… kesiannya. Harap pelaku yang buat perkara tak bertanggungjawab ni ditangkap!

Posted by Qalisha Furhad on Monday, March 11, 2019

 

Dalang buang sisa kimia ke Sungai Kim Kim telah ditangkap! 

Pun begitu, menurut laporan Astro AWANI, tiga individu yang disyaki terbabit dalam jenayah pembuangan sisa toksik ini telah ditahan semalam. Berita penahanan ni telah disahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor yang berkata suspek terdiri daripada 2 pemilik syarikat dan seorang pekerja.

Kesemua suspek akan disiasat dibawah Seksyen 34B Kualiti Alam Sekitar Sekeliling 1974 yang membawa hukuman denda RM500,000 dan penjara 5 tahun.

Semoga mereka insaflah daripada perbuatan ini! 

Baca: “Tunggu ada yang mati” – Diver Bas ‘Lepas Tangan’ Biarkan Murid Berdiri Depan Pintu, Buang Sampah Di Jalan Raya

Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.