in

“Bergantung kepada niat” – Isu Ucap ‘RIP’, Mufti Jelaskan Ianya Tak Salah

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu ucap Rest In Peace (RIP) kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia ini sering menjadi persoalan di kalangan orang ramai dan apabila berita mengenai kematian Ratu Elizabeth baru-baru ini keluar, persoalan ini kembali dibangkitkan.

Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa orang Islam dilarang mengucapkan “RIP” kerana tak boleh doakan keampunan untuk orang bukan Islam menurut beberapa hadis.


Bagaimanapun, sarjana terkenal Turki, Mustafa Akyol pula memberikan pandangan bahawa orang Islam boleh mengucapkan “RIP” bagi menyuarakan takziah.

Manakala Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor mengatakan tiada hukum jelas dalam al-Quran yang melarang umat Islam menyebut perkataan RIP, lapor FMT.

Wan Salim Wan Mohd Noor Bernama 021218 1 672X420 1

Bergantung kepada niat, apa niat kita kata macam itu? Kita kata RIP itu bermaksud dia sudah tidak lagi memikul bebanan hidup, terutama sebagai ketua negara besar macam tu (Ratu Elizabeth II).

“Jadi, kalau niat macam tu tak mengapa atau dia meninggal dunia, maknanya kesihatan yang dialaminya di hujung hayat dah berakhir, maka dia amanlah. Tetapi, apa yang dilarang adalah untuk kita berdoa kepada Allah merahmati dan mengampunkan dosanya. Itu tidak boleh, sebab itu bukan orang Islam.”

Mengenai pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Salim mengatakan disebabkan tiada bukti bertulis atau peruntukan teks dalam hadis atau al-Quran yang melarang umat Islam dari ucapkan RIP, setiap pandangan ulama boleh berbeza.

Mengenai Pejabat Mufti Wilayah kata tak boleh ucap RIP itu pandangan dia. Sebab dalam isu ini, boleh berbeza pandangan kerana tiada textual (bertulis)…kita tak boleh harap sama (pandangan) saja.”

Sementara itu, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman pula berkata memberi penghormatan atau mengucapkan salam takziah sebagai tanda hormat atas pemergian orang bukan Islam adalah diharuskan.

02Sokong

Bila ada orang bukan Islam meninggal, Rasulullah bangun sebagai penghormatan kepada yang meninggal. Kalau sebagai penghormatan, itu tak apa dan tak salah, tetapi kalau ada bentuk pemujaan atau berbentuk keagamaan itu dilarang.

“Maknanya, penghormatan kepada orang bukan Islam yang mati diharuskan berdasarkan kisah Rasulullah berdiri beri penghormatan kepada jasad bukan Islam.”

Mengulas isu mengenai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Mustafa Akyol, Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad semalam mengatakan umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berhubung isu ucapan RIP kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

 

Baca: Umat Islam Tak Boleh Terlibat Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain & Mufti WP

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.