in

Umat Islam Tak Boleh Terlibat Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain – Mufti WP

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular apabila sekumpulan pelajar membersihkan sebuah kuil yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. Ekoran itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) ada mengeluarkan satu kenyataan berkenaan kejadian tersebut.


Jelas PMWP, umat Islam tidak boleh melibatkan diri dalam kerja gotong royong membersihkan rumah ibadat agama lain. Perkara itu dikhuatiri akan menjerumuskan seseorang itu ke dalam kategori membantu ke arah kesyirikan yang dilarang dalam Islam.

“Membersihkan rumah ibadat adalah satu bentuk kerjasama atau bantuan yang secara langsung menjurus kepada membantu ritual dan amalan agama lain,” katanya.

Kuil

Namun begitu, pihak PMWP berkata Islam sama sekali tidak menghalang umatnya daripada berbuat kebaikan termasuk membantu orang bukan Islam yang terkesan dengan musibah atau memerlukan bantuan.

Sambungnya lagi, umat Islam digalakkan untuk menghulurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan. Selain itu, mereka juga boleh membersihkan rumah kediaman dan harta benda orang bukan Islam.

“Namun demikian, Islam juga menggariskan batas-batas yang perlu dijaga dan dijadikan sempadan bagi memelihara kesucian akidah kita,” katanya.

PMWP turut menasihatkan orang ramai agar tidak terburu-buru dalam menghukum sesuatu perbuatan atau percakapan itu sebagai terkeluar daripada Islam. Sebaliknya, perkara tersebut boleh dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab.

Sumber: Kosmo

BACA: “Terbaik” – Dr Zul Melawat Gurdwara PJ, Beri Sokongan Kerana Bantu Mangsa Banjir Dari Ahad Lepas

Capture 19

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.