in

Lucu! Penebar Cilik Minta Maaf, Roti Canai Terbang ‘Landing’ Atas Kepala Anak Customer

Roti Canai Terbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Roti canai adalah salah satu makanan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira lapisan umur dan bangsa. Doh tepung yang diuli dan dicanai kemudian dibakar hingga ranggup mampu membuka selera apatah lagi ketika bersarapan.


Cerita pasal roti canai ni, min nak share dengan korang satu kejadian roti canai terbang. Kalau korang pernah tengok filem Senario mesti korang faham macam mana roti canai terbang ni.

Ada satu video yang tular di media sosial seorang kanak-kanak membuat aksi roti canai terbang.

Namun, secara tidak sengaja, roti itu telah jatuh ke atas kepala seorang adik kecil yang melihat aksinya. Korang boleh tengok video roti canai terbang oleh @abgmadroticanai di bawah.

https://www.tiktok.com/@abgmadroticanai/video/7230322982525226241?_r=1&_t=8cHE1twLZsA

Beradab dan bersopan

Walaupun kanak-kanak itu telah secara tidak sengaja ‘menerbangkan’ roti ke atas kepala adik kecil, reaksinya yang cepat-cepat meminta maaf itu mendapat perhatian netizen.

Bukan sahaja minta maaf kepada adik kecil tu, tapi kepada ahli keluarga juga.

Roti Canai TerbangBetul, min setuju. Skill menebar roti canai ada, skill budi bahasa pun ada. Memang terbaik.

Roti Canai TerbangHanya segelintir orang yang pandai buat roti canai terbang dan tak ramai yang sangat bersopan santun dan mengakui selepas buat silap. Kanak-kanak dalam video ini dah tunjuk contoh teladan yang baik untuk semua.

Screenshot 2023 05 13 At 3.54.47 PmBelajar dari kesilapan. Itulah pengajaran paling mahal untuk setiap orang. Mungkin lepas ni jadi lagi power, siapa tahu kan.

Screenshot 2023 05 13 At 3.55.03 PmKann… laju je minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku. Memang betul tak sengaja dan mengakui kesilapan. Teruskan hidup dan jadi manusia berguna satu hari nanti ye dik. 

Baca: Roti Canai Tersenarai Street Food No.1 Terbaik Di Dunia Tapi Netizen Risau Kena Claim?

Screenshot 2023 05 13 At 3.55.23 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.