in

Roti Canai Tersenarai Street Food No.1 Terbaik Dunia Tapi Netizen Risau Kena ‘Claim’?

Roti Canai No 1 Street Food Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap tentang makanan, kebanyakan kita pasti berbangga dengan negara sendiri kerana keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis juadah yang bukan sahaja digemari oleh orang tempatan tetapi juga pelancong luar negara.


Apa yang lebih membanggakan, baru-baru ini, makanan kegemaran ramai, Roti Canai telah tersenarai sebagai street food nombor satu dunia oleh sebuah laman travel guide dari Croatia, TasteAtlas.

RANKING UPDATE: www.tasteatlas.com/street-foodWorld's street foods ranking according to TasteAtlas audience ratings. Opinions?

Posted by TasteAtlas on Tuesday, September 27, 2022

Makanan sarapan pagi ini sekaligus mengalahkan makanan yang juga tak kurang famous juga di dunia seperti shawarma, kebab, samosa, pizza dan tteobokki iaitu makanan Korea yang mendapat tempat ke-50.

“Kejap lagi negara sana claim” 

Walau bagaimanapun selepas senarai berkenaan tular di media sosial, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen yang meluahkan rasa kegembiraan mereka dan tak kurang juga komen berupa sindiran.

Ada yang mengatakan mereka bimbang jika Roti Canai bakal di ‘claim’ sebagai makanan nasional negara lain pula.

Roti

Apa-apapun tak eloklah kalau kita berbalah pasal makanan ni kan? Bagi admin makanan dari negara manapun kalau sedap, pasti ramai suka. 

Baca: Superfan KFC Pilih Malaysia Sebagai KFC Terbaik Dunia Dari 50 Negara Yang Dikunjungi

Kepci

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.