in

Bengang Dengar Isteri Membebel, Suami Bertindak Ganas Sampai Wanita Ni Dah Tak Boleh Bercakap Atau Makan Lagi

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walau apa pun sebabnya, tak ada alasan untuk justify keganasan rumah tangga.


Seorang wanita menderita kecederaan kekal selepas dia diserang oleh suaminya kerana kuat membebel.

Menurut Mirror, kehidupan Aimee Dixon musnah selepas dia mengalami beberapa kecederaan parah. Kini, wanita berusia 37 tahun itu perlu hidup bergantung pada orang lain dan mungkin tak boleh makan sampai bila-bila.

Andrew Dixon, pada awalnya telah didakwa dengan tuduhan cuba untuk membunuh isterinya pada 18 November lalu tapi dia disahkan ‘tak sihat’ untuk menghadiri mahkamah atau beri arahan pada peguamnya kerana masalah mental.

0 Js178493194

Seorang juri di Sheffield Crown Court kemudiannya diminta untuk membuat keputusan sama ada lelaki ini menyebabkan kecederaan pada isterinya atau tidak.

Pihak pendakwa raya mengatakan Andrew menggunakan dumbbell untuk memukul isterinya sekurang-kurangnya tiga kali di muka dan kepala semasa pertengkaran tersebut.

Wanita ini mengalami kecederaan parah di kepala termasuk tulang retak di beberapa kawasan, lebam dan pendarahan otak.

Bukan tu saja, Aimee juga sekarang mempunyai masalah fizikal dan emosi serta tak boleh bercakap dengan baik.

0 Devastating Injuries Of Wife Attacked By Thug Boyfriend With Dumbbell Who May Never Be Able To Eat P

Pendakwa raya, Geraldine Kelly memberitahu mahkamah, walaupun selepas lapan bulan, Aimee Dixon masih terlantar di hospital.

Dia mengalami kerosakan otak dan dia tak akan pulih seperti dulu.”

“Kesihatan dia akan menjadi lebih baik tapi dia akan mengalami beberapa isu akibat dari kerosakan otak; sukar bercakap, sukar minum dan menelan serta memerlukan bantuan untuk bergerak.

“Dengan bantuan, Aimee boleh bangun dari katil untuk duduk di kerusi dan dia sekarang tengah belajar untuk gunakan bahagian atas badan untuk bersihkan diri sendiri di tandas.

“Bukan tu je, dia perlukan ubad untuk mencairkan darah bagi mengelakkan sawan akibat dari darah yang tersumbat dalam otak.”

Tambah Geraldine, Aimee kini perlu bergantung pada perubatan untuk membantu dia tidur atau bangun dan ambil ubat anti depresi kerana dia mengalami kecederaan di bahagian hadapan otak yang memberi kesan kepada mood, emosi, pemikiran dan perancangan.

Manakala Andrew telah didiagnos dengan skizofernia paranoia dan telah dikeluarkan dari penjara dan masuk ke dalam pusat penjagaan. Dia juga telah diberikan arahan untuk menjauhkan diri dari isterinya.

Ya Allah, kesiannya… Entah-entah dia suruh husband dia makan ubat sebab nak control keganasan husband dia kot.

 

Baca: Tidak Tahan Kena Bebel, Warga Emas Pukul Isteri Dipenjara Enam Bulan

Screenshot 2019 07 17 At 2.40.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.