in

Suka Beli Barang Online? Kerajaan Bakal Caj 0.02% Untuk Pembelian Atas Talian

Caj Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak suka beli barang online kan? Ia sangat mudah dan hanya dengan satu klik je, barang yang kita nak beli tu paling cepat esok dah sampai di rumah.


Namun admin ada berita yang buat korang rasa tak berapa best sikit.

Menurut Harian Metro, kerajaan bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02% pada mereka yang melakukan pembelian online termasuklah portal e-dagang macam Shopee dan Lazada. 

Timbalan Menteri Komunkasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, caj ini dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

61597204450 Zahidizainulabidin 1

Walau bagaimanapun, beliau belum menetapkan minimum pembelian yang membolehkan caj perkhidmatan tersebut dikenakan.

Perkara ini masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

“Pada masa sama, caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber.

“Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sekarang ini, banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan berlaku.

“Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh Parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini,” katanya.

Gambar Hiasan Shopping Online

Tambahnya lagi, sejak kebelakangan ini banyak berlaku serangan siber di seluruh dunia akibat ketirisan data. Oleh sebab itulah sistem keselamatan siber di negara ini perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan bagi mengelak ia berlaku.

Menurutnya, kita sama-sama perlu membantu untuk tampung kos penambahbaikan komunikasi kerana ia babitkan perbelanjaan yang besar.

Baca: “Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat” – Timbalan Menteri Minta Maaf Lepas Tuduh Veveonah ‘Menipu’

Beli

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Sinar Plus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.