in

“Beli satu percuma satu”- Wanita Terkejut Ada Telur Lain Dalam Telur Saiz Jumbo Ini

Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika beli barang dapur di pasar raya, telur merupakan antara yang wajib dibeli oleh mak-mak kita sebab masak guna telur memang cepat dan mudah. Macam-macam makanan yang boleh dimasak guna telur ni.


Namun, buat wanita ini pula, dia terkejut habis apabila salah satu telur ayamnya mempunyai saiz yang agak besar berbanding telur yang lain. Menurut Suara.com, video telur bersaiz jumbo tersebut telah dimuat naik oleh megss__b di TikTok baru-baru ini.

@megss__b

just ✨farm things✨ 😂🤪

♬ original sound – megan🍓

Dalam video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Meg mengatakan telur jumbo tersebut merupakan milik seekor ayam betina miliknya sebab keluarganya memang ada bela ayam.

Menurutnya lagi, ayam tersebut mengambil masa yang agak lama untuk bertelur dan berat telur jumbo tu ialah 150 gram.

Egg 3

Disebabkan mereka curious nak tahu kenapa telur tu begitu besar saiznya, Meg telah memecahkan telur berkenaan dan mereka terkejut ada telur lain dalam telur terbabit! Selain itu, telur tu jugak ada kuning dan putih telur macam telur biasa.

Egg 2

Dalam video yang lain pula, Meg juga telah memecahkan ‘anak’ telur tadi dan sama seperti telur normal yang lain, ada putih dan kuning telur. Namun, macam mana boleh ada telur dalam telur tu masih menjadi tanda tanya.

Video terbabit telah mendapat reaksi positif daripada netizen. Rata-rata warganet juga meluahkan perasaan pelik tapi kagum mereka tentang bagaimana kejadian telur dalam telur ni boleh berlaku.

Photo6185974442639862700

Ada juga yang berpendapat mungkin telur tu merupakan anak ayam yang sepatutnya menjadi kembar jika ditetaskan.

Photo6185974442639862699

Pelik tapi benar betul kejadian telur ni. Ada tak antara korang yang pernah jumpa telur macam ni?

Sumber: Suara.com, TikTok @megss__b 

Baca: “Lepas ni minta permission dulu”- Telur Hilang Di ‘Office’, Ini Cara Genius Wanita Kenakan Balik ‘Si Pencuri’

Egg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.