Antara perniagaan yang memang perlu berhati-hati untuk dijual kepada pelanggan adalah makanan kerana kebersihan dan kesegaran bahan mentah memainkan peranan penting, bukan hanya kaut untung tanpa memikirkan mutu kualiti.
Jika tidak titik beratkan hal ini, ia boleh menjejaskan reputasi perniagaan dan paling penting lagi boleh memudaratkan kesihatan pembeli. Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, rasa kembang tekak pelanggan ini apabila ayam geprek yang dibelinya dah berubah kehitaman.
“Dah terang-terang ayam tu nak makan pun tak boleh. Nak muntah”
Menurut @NIAIZZAH_ di Twitter, ketika dia maklumkan kepada orang kedai mengenai ayam hitam itu untuk tukar, pihak kedai tidak membenarkan dan sebaliknya kena tambah lagi wang untuk dapat ayam baru.
Dalam masa 20 jam, tweet ini telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah perkongsian, dan ramai berharap agar ia sampai ke pengetahuan pihak kedai untuk bagi layanan kepada pelanggan dengan betul.
“Dah minta tukar tu tau la memang tak boleh makan. Bukan ckp dgn i ‘eh saya bau elok je, nak tukar kena tambah RM5’!! Allahu.”
Tak tau la apa yang bad sangat service korang ni, ayam hitam mcm ni bagi kt customer eh. Minta tukar ckp tak boleh kena tambah duit. Dah terang terang tu ayamnya nak makan pun tak boleh, nak muntah. pic.twitter.com/yk53R280qJ
— izzah u. (@NIAIZZAH_) October 27, 2022
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang kembang tekak apabila melihat keadaan ayam tersebut. Ada juga yang mendakwa keadaan ayam itu menghitam terjadi akibat ayam itu dah lama sangat dibekukan sebelum basuh sampai tak perasan dah jadi hitam dan menurut netizen lagi, jika keadaan itu terjadi sepatutnya dah tak boleh disajikan lagi.
Maybe dah lama sangat – Netizen
Harap lepasni dapat lah kita jaga kualiti makanan sebab kalau kena keracunan naya nanti.
Baca : “Tiba2 bau busuk” – Individu Terkejut Sup Perut Penuh Najis, Peniaga Tak Mengaku Cakap ‘Lemak’