in

Belanjawan 2021: Kerajaan Ganti BPN Kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Ini Antara Senarai Bantuan

Belanjawan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Menerusi pembentangan hari ini, Bantuan Sara Hidup (BSH) menurutnya akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). 


Antara senarai bantuan BPR adalah seperti berikut:

1. BPR: Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM800. 

Isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima RM1,200.

1

 

2. BPR: Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001-RM5,000 dan seorang anak akan menerima RM500. 

Isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih, RM750

2

 

3. BPR: Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350.

Had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun (sebelum ini 40 tahun).

3

Pemberian BPR ini menurutnya dijangka akan memberi manfaat kepada 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion di bawah BSH.

Baca: Belanjawan 2021: Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Selama 12 Bulan Dari Akaun 1!

Collage 14

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.