in

“Bawak jalan-jalan” – Penumpang Kereta Api Ini Dibenarkan Bawa Haiwan Ternakan Naik Bersama

Feature 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk anda yang mempunyai haiwan peliharaan atau ternakan, mesti kadang-kadang sedih nak berpisah dengan haiwan-haiwan kesayangan ketika pergi bercuti. Ada yang sampai terfikir nak seludup kucing atau ayam dalam beg. 


Namun, di China pula, penternak haiwan tak payah menanggung rindu sebab ada sebuah perkhidmatan kereta api yang membenarkan haiwan ternakan untuk menaiki train bersama tuannya.

Haiwan 1

Menurut South China Morning Post, kereta api ini terletak di wilayah Sichuan dan ianya berlepas dari kawasan pedalaman untuk ke bandar. Jadi, untuk sesiapa yang nak jual haiwan mereka di bandar, mereka boleh bawa binatang tersebut naik train ini.

Bukan itu je, penumpang juga boleh berniaga ketika berada dalam kereta api. Mungkin kalau ada yang nak pelihara kambing, boleh naik kereta api ni untuk beli. 

Harga tiket kereta api pula bermula dengan serendah dua yuan (RM1.27).

Haiwan 3

Difahamkan, perjalanan dari pedalaman ke bandar mengambil masa lebih kurang sembilan jam sebab jauhnya adalah 353 kilometer. Fuh, lama jugak tu, boleh ke haiwan-haiwan ni behave dalam jangka masa yang agak panjang ni? 

Menerusi tinjauan di ruangan komen YouTube SCMP, ada netizen yang berkongsi info yang kerajaan China membenarkan haiwan ternakan untuk naik kereta api ini untuk membantu ekonomi tempatan terutamanya dalam kalangan petani dan penternak di kawasan tersebut.

Haiwan 4

Rata-rata netizen memuji perkhidmatan ini untuk membantu petani dan penternak sebab kalau dorang nak naik lori untuk berniaga di bandar, mungkin sewa lori tu agak mahal.

Haiwan 5

Namun, ada juga netizen yang mempersoalkan kebersihan kereta api jika haiwan-haiwan ni membuang najis.

Haiwan 6

Korang boleh tengok video penuh tentang kereta api ni di sini.

Baca: “Savage” – Wanita Nekad Sembelih Ayam Di Stesen Kereta Api Lepas Dilarang Bawa Ayam Hidup Masuk Dalam Train

Ayam

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.