in

Bau Ketiak Pun Dapat Duit? Ini 5 Pekerjaan Paling Pelik Dalam Dunia

Cats 20 E1612683108496

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahukah anda ada banyak pekerjaan yang pelik di dalam dunia ini? Kali ni admin pilih 5 pekerjaan yang paling pelik untuk dikongsikan bersama para pembaca. Jom baca!


1. Tukang Tidur Profesional

2 12

Siapa di sini yang boleh terlelap walaupun baru baring tak sampai 5 minit? Pekerjaan ini memang sesuai untuk anda! Mereka akan tidur di atas katil yang berbeza pada setiap malam untuk menguji keselesaan tilam sebelum dipasarkan.

2. Penghantar Pizza Scuba Diving

1 18

Tahukah anda, ada sebuah hotel di dalam laut di Florida? Jadi untuk memastikan pelanggan mereka mendapat pesanan makanan yang diminta, hotel ini menyediakan kemudahan penghantar pizza yang akan menyelam ke dalam air dan menghantar makanan yang dipesan. Class gitu!

3. Tukang Kabung Profesional

3 10
Bunyi macam pelik tapi anda sebenarnya boleh upah beberapa golongan profesional untuk menjadi tukang kabung semasa berlakunya kematian. Apa yang mereka akan buat? Mereka akan menangis teresak-esak dan nampak sedih sepanjang pengebumian itu berlaku. Wah senang betul buat duit!

4. Penguji Makanan Anjing

4 8

Tugas mereka adalah untuk mencuba makanan anjing seperti tulang, makanan basah dan biskut. Tujuannya adalah untuk memastikan perbezaan rasa dan tekstur makananan anjing dan makanan manusia. Macam-macam hal.

5. Penguji Bau Badan

555

Untuk menguji kualiti produk baharu, tugas penguji bau badan adalah untuk bau nafas, kaki dan ketiak bahan uji kaji yang juga merupakan seorang manusia. So, siapa yang ada habit bau ketiak pasangan boleh la mohon kerja ni!

Sumber: The Undercover Recruiter

 

BACA: Pelik Tapi Benar, Ni Antara Etika Makan Di Seluruh Dunia Yang Korang Perlu Tahu

Xxx

Sumber: Dunya News
Sumber: PADI
Sumber: Money
Sumber: Career Match
Sumber: Tech Is Fun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.