in ,

Pelik Tapi Benar, Ni Antara Etika Makan Di Seluruh Dunia Yang Korang Perlu Tahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang tak suka bila ada yang makan berbunyi bila makan sama-sama kan. Kita tengah syok nak isi perut, tiba-tiba dengar pulak bunyi dia dok kunyah makanan.


Jadi, kali ni korang kena praktikkan etika makan dengan betul terutamanya jika berkunjung ke luar negara sebab masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Bila kat tempat orang, kena lah ikut budaya dorang kan. 

Pengguna Twitter, Atif Nujaid telah kongsikan antara adab atau etika makan di beberapa negara yang korang perlu tahu.

#1 Jepun

Jangan rasa pelik kalau orang Jepun hirup ramen sampai berbunyi-bunyi sebab tu memang cara yang diamalkan oleh dorang untuk appreciate makanan yang ada. Selain Jepun, orang Korea pun buat perkara yang sama ketika makan.

#2 China

Di negara China pula, tetamu tidak boleh makan hidangan yang disediakan tuan rumah sehingga licin. Katanya, kalau buat macam ni, tuan rumah akan fikir yang juadah yang dihidangkan tu tak cukup. Kecik pulak hati dia kan sebab dia ingat kita ni biadap. 

#3 Mesir

Selain Mesir, Portugal juga tidak membenarkan korang untuk meminta perasa tambahan daripada pelayan ketika makan di restoran di sana sebab ianya dianggap tidak sopan dan tidak menghargai titik peluh orang yang memasak.

#4 Turki

#5 Jordan

So, kalau lepas wabak Covid-19 ni berakhir dan korang berpeluang melancong ke negara-negara ni, boleh la cuba amalkan etika makan dorang. Baru lah betul amik feel macam orang tempatan kat sana. 

 

Baca: Adab Sebenar Ketika Menyenduk Nasi, Jangan Ambil Bahagian Atas Dulu

Sumber: Iluminasi
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.