in

Baru Berusia 6 Tahun Tetapi Budak Lelaki Ini Dah Bekerja Hantar 30 Bungkusan Sehari

Page Hantar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembelian secara atas talian kini kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perkhidmatan penghantaran barang semakin aktif dilakukan bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan.


Pada kebiasaannya, penghantaran barangan daripada syarikat penghantar barang akan dilakukan oleh orang dewasa. Namun, lain pula yang berlaku di China kerana mempunyai seorang pekerja yang baru sahaja berusia enam tahun.

Menurut WORLD OF BUZZ, Xiaochanjiang yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki telah pun mula bekerja sebagai penghantar barang di Qingdao, Wilayah Shandong. Gambar Xiaochanjiang sedang bekerja telah tersebar di aplikasi media sosial WeChat kerana pelanggannya, Wang Qingwei terkejut melihat barangnya dihantar oleh seorang kanak-kanak.

Hantar1Blur
sumber: wob
Hantar2
sumber: wob

Wang menerangkan dia menjemput Xiaochanjiang masuk ke dalam rumahnya untuk memanaskan badan selepas melihat tangannya kemerahan disebabkan oleh cuaca yang sejuk.

“Dia menyerahkan bungkusan saya yang besar dan memberikan resit untuk ditanda tangan.”

Wang yang merupakan pengarah Persatuan Catur Qingdao turut menghadiahkan Xiaochanjiang permainan catur selepas melihatnya kelihatan berminat dengan permainan tersebut.

Hantar3
sumber: wob

Difahamkan Xiaochanjiang telah kematian bapa dan kini tinggal bersama bekas rakan sekerja bapanya, Yan Shifang. Ibunya telah berkahwin semula dan mengabaikan Xiaochanjiang dengan menyuruh Yan untuk menjaga anaknya yang pada ketika itu baru berusia tiga tahun.

Sejak itu, Yan setia menjaga Xiaochanjiang dan membawanya keluar ketika membuat penghantaran kerana takut untuk meninggalkan Xiaochanjiang seorang diri di rumah.

Tindakan Yan yang sering membawa anak kecil itu ketika bekerja telah menarik minat Xiaochanjiang sendiri untuk membantunya menghantar bungkusan pelanggan.

Hantar4Blur
sumber: wob

Ujar Yan, pada mulanya dia risau untuk membenarkan Xiaochanjiang untuk membuat penghantaran lalu mengekorinya dari belakang bagi memastikan keselamatannya.

Yan juga hanya membenarkan Xiaochanjiang untuk menghantar bungkusan di kawasan kejiranan yang berdekatan sahaja dan dalam masa kira-kira dua bulan, Xiaochanjiang sudah boleh membuat sebanyak 30 penghantaran dalam masa sehari.

Hantar5
sumber: wob
Hantar8
sumber: wob

Sejak kisah Xiaochanjiang tular, pihak berkuasa kini dalam usaha mencari ibunya dan netizen di China telah bermurah hati memberi sumbangan kepadanya. Selain itu, dia juga telah dihantar ke Hospital Kebajikan Kanak-kanak Qingdao yang berjanji akan menjaga serta menghantar Xiaochanjiang ke sekolah.

Alahai… Kecik lagi dah pandai bekerja.

Baca: Berazam Pulangkan Semula Duit Ayah, kanak-kanak Catit Perbelanjaan Setiap Hari

Hantar9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.