in

“Bapak celaka sial perempuan ni” – Polis Buru Wanita Pukul & Dera Bayi Dalam Video Tular

Feat 5

Bila baby menangis tak berhenti memang boleh buat kita geram. Tapi, kalau korang pukul atau marah dorang korang rasa dorang akan stop atau makin nangis?

Baru-baru ni, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang bayi dipukul oleh seorang wanita semasa dipakaikan lampin. Bukan biasa-biasa pukulan dia, kalau orang besar kena pun confirm sakit.

https://twitter.com/Thashaj/status/1138469516411908098

Korang tengok je lah video kat atas ni kalau korang sanggup. Memang melampau cara dia pukul budak ni. Lagi sedih bila tengok dia pukul dekat dada. Allahuakhbar, apa dosa dia?

Tak cukup dengan tu, dia bukak baju budak tu sampai leher lepastu dia guna baju tu untuk jerut leher budak malang ni sampai tercekik nak keluar suara pun susahYa Allah, kejam sangat-sangat.

Screenshot 2019 06 12 At 9.49.14 Am

Menurut Harian Metro, pihak polis menyeru orang ramai untuk mengesan individu di dalam video ini.

“Sehubungan itu, PDRM memohon kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, belum ada sebarang laporan polis diterima mengenai kejadian terbabit.” – Datuk Asmawati Ahmad

Please, please, please… Sesiapa yang ada maklumat tentang pelaku dan mangsa dalam video ni, tolong tampil buat laporan pada pihak polis sebelum terlambat.

Kalau korang tak nak pergi balai, korang boleh salurkan maklumat menerusi inbox Facebook (FB) Rasmi PDRM: https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/, Twitter Rasmi PDRM: https://twitter.com/PDRMsia, WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah di talian: 019-3019930.

Orang macam ni memang tak layak untuk ada anak atau berada dekat pun dengan budak-budak. Masalahnya yang rakam tu kenapa tak buat apa-apa?

 

Baca: Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Sampai Sawan Sebab Ibu Bapa Lewat Bayar Upah

Screenshot 2019 06 12 At 9.48.04 Am