Bank Pusat Argentina sedia pertimbang cadangan untuk meletakkan wajah Lionel Messi pada wang kertas 1,000 peso susulan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 selepas menentang Perancis baru-baru ini.
Bintang bola sepak berusia 35 tahun itu telah mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama yang merangkul anugerah ‘Golden Ball’ sebanyak dua kali dalam edisi Piala Dunia.
Ditambah lagi dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, boleh dikatakan beliau berada pada prestasi terbaik sepanjang kejohanan tersebut yang berlangsung pada musim Piala Dunia ini.
Atas sumbangannya yang begitu besar kepada Argentina, Bank Pusat negara itu dilaporkan bersedia mempertimbangkan untuk memberi penghormatan kepada Messi.
Pada awalnya, cadangan tentang perkara itu hanyalah gurauan yang disebut oleh pegawai Bank Pusat Argentina.
Bagaimanapun baru-baru ini akhbar El Financiero melaporkan yang pihak bank dikatakan ada membincangkan cadangan tersebut, sebelum final piala dunia lagi tanda menghargai sumbangan Messi dalam menjadi ‘duta’ negara tersebut, serta sumbangannya dalam bola sepak.
Pemilihan not 1,000 peso itu juga kerana wang kertas tersebut tertera angka ’10’ bersempena dengan nombor pemain di jersi yang digunakan oleh bintang itu sendiri.
BREAKING: Argentina are considering putting Lionel Messi on their banknotes 🤯💵
Officials of their financial governing body are looking to mark their nation’s historic World Cup triumph 🐐
Via El Financiero newspaper. pic.twitter.com/SJGxpltVrX
— SPORTbible (@sportbible) December 21, 2022
Malah, ada desas-desus yang mengatakan bahawa cadangan nama “La Scaloneta” iaitu nama panggilan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni akan ditulis pada bahagian belakang wang tersebut.
Dikatakan juga, Bank Pusat Argentina dilaporkan tertarik dengan idea tersebut dan dalam masa yang sama cadangan itu diharapkan boleh membangkitkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat Argentina terutama bagi golongan peminat bola sepak.
Di Argentina, seringkali berlaku keganasan dan budaya samseng bola sepak. Messi ternyata membuatkan seluruh negara kini bersatu padu walaupun penyokong Boca Juniors dan River Plate sekalipun.
Sebelum ini, Bank Negara Argentina pernah mengeluarkan syiling peringatan khas menghargai kejayaan Argentina memenagi Piala Dunia 1978, yang pertama dalam sejarah negara mereka, serta ketika ulang tahun ke-50 kematian Eva Perón.
Baca: Dipakaikan Jubah Hitam, Ini Maksud Sebenar Disebalik ‘Beshth’ Yang Disarung Messi