in

Bank Negara Dakwa Rakyat Malaysia Tidak Akan Mampu Beli Rumah. Ini Sebabnya…

Rumah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun lepas ramai rakyat Malaysia bersorak kerana ada pakar yang mengatakan bahawa harga pasaran hartanah dijangkakan merosot pada tahun 2018. Berita tersebut ternyata menggembirakan masyarakat setempat yang sedar bahawa pasaran hartanah dan harga rumah sememangnya semakin lama semakin meningkat.


Sudah masuk tahun 2018, tiba-tiba keluar pula kenyataan Bank Negara mendakwa bahawa rakyat di negara kita akan terus tidak mampu untuk memiliki rumah di Malaysia, lapor The Malaysian Insight.

R1
sumber: the malaysian insight

Bank Negara Malaysia mengeluarkan amaran berserta laporan lengkap pada tahun 2016 yang mengatakan bahawa rumah di negara kita “tidak mampu dibeli” oleh standard antarabangsa. Ini adalah kerana status Malaysia yang menghadapi kekurangan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan ramai.

Untuk mengatasi hal ini, Bank Negara mencadangkan agar halangan kos kepada perumahan mampu milik dikurangkan, memulihkan lembaran imbangan isi rumah dengan meningkatkan celik kewangan selain meningkatkan pasaran sewaan dengan mengukuhkan rangka kerja perundangan.

R2
gambar hiasan

“Isu kemampuan untuk membeli rumah sebahagian besarnya disebabkan oleh penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, serta pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan,” kata bank pusat itu.

Bank Negara menganggarkan harga rumah mampu milik di negara kita pada maksimum RM282,000 berdasarkan pendekatan kos perumahan. Pun begitu, median untuk harga sebenar rumah buat masa ini adalah jauh lebih tinggi.

“Median harga rumah sebenar ialah RM313,000 (pada 2016), jauh melepasi kemampuan kebanyakan isi rumah, dengan pendapatan median isi rumah kebangsaan hanya RM5,228.”

R4
gambar hiasan

Bank Negara menegaskan bahawa faktor kekurangan bekalan rumah mampu milik terus menjadi masalah di negara kita. Ini berpunca daripada bilangan penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, pelancaran baharu yang jauh melepasi tahap kemampuan membeli serta peningkatan harga rumah mengatasi pendapatan isi rumah.

Sepanjang tahun 2012 hingga suku pertama 2017, hanya 24% daripada pelancaran baharu dijual pada harga RM250,000 atau kurang. Hasilnya, hanya 35% isi rumah Malaysia yang mampu memilikinya. Pada suku kedua tahun 2017 pula, hampir 85% unit tidak terjual gara-gara harganya yang melebihi RM250,000.

R3
gambar hiasan

Pun begitu, Bank Negara memaklumkan bahawa pembiayaan akan terus disediakan untuk pembelian rumah bagi peminjam yang layak. Aduhai, tak dapat beli rumah lagi la tahun ni maknanya.

Baca: Pasaran Hartanah Dijangka Merosot Tahun Hadapan, Harga Rumah Bakal Turun Mendadak – Pakar

Sy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.