in

Pasaran Hartanah Dijangka Merosot Tahun Hadapan, Harga Rumah Bakal Turun Mendadak – Pakar

Expert Predicts Msias Property Market Crash In 2018 House Prices Will Drop Drastically World Of Buzz 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pasti sudah biasa mendengar rungutan rakan atau saudara mara mengenai harga rumah zaman sekarang yang mahal dan tidak munasabah. Namun semua itu bakal berubah tidak lama lagi, menurut pakar hartanah. Wah macam berita baik aje! 


Menurut FMT, veteran dalam bidang hartanah, Ernest Cheong memberitahu bahawa pasaran hartanah pada tahun hadapan kelihatan suram oleh kerana pemaju dan pemilik rumah akan mengalami masalah besar dalam mencari pembeli. Phew! 

Berikut perkara menurut Cheong mengenai pasaran hartanah di Malaysia buat masa ini:

 

1. Pembeli tidak mampu membeli rumah lagi 

Expert Predicts Msias Property Market Crash In 2018 House Prices Will Drop Drastically World Of Buzz
gambar hiasan

Kemerosotan ekonomi dan masalah kewangan yang teruk membuatkan pembeli tidak mampu memiliki rumah yang diletak dengan harga yang agak tinggi. Hal ini menyebabkan pasaran hartanah merosot dan kebanyakan pembeli tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Menurut Cheong, dia menjangkakan penurunan ini berlaku seawal bulan Februari dan katanya lagi, “Rasa panik (berlaku di kalangan pemaju dan pemilik rumah) bakal bermula selepas Tahun Baru Cina pada bulan Februari atau selepas daripada itu jika kerajaan memutuskan untuk menyalur dana bagi mengukuhkan pasaran.” 

 

2. Terlalu banyak unit tidak terjual di pasaran

Expert Predicts Msias Property Market Crash In 2018 House Prices Will Drop Drastically World Of Buzz 2
gambar hiasan

Menurut laporan Timbalan Menteri Kewangan, Lee Chee Leong, terdapat 40% peningkatan terhadap bilangan unit tidak terjual di perumahan yang sudah siap dibina iaitu berjumlah sehingga 20,807 unit pada separuh tahun pertama 2017. Kesemua unit ini bernilai RM12.26 bilion yang mana majoriti setiap rumah ini berharga lebih daripada RM500,000. Wow! 

Lebih mengejutkan, unit ini hanya daripada pasaran utama seperti pelancaran pemaju dan tidak termasuk daripada pasaran sekunder seperti pemilik rumah yang menjual rumah mereka. Disebabkan pembeli yang ada semakin berkurangan, Cheong menjangkakan pihak pemaju terpaksa mengambil beberapa tindakan drastik.

 

3. Pemaju bakal kehilangan biaya jika lebih banyak rumah tidak terjual

Expert Predicts Msias Property Market Crash In 2018 House Prices Will Drop Drastically World Of Buzz 3
gambar hiasan

“Terdahulu, pembeli rumah perlu membayar deposit sebanyak 10%. Namun hari ini situasi sudah berubah. Pemaju berada dalam keadaan terdesak. Inilah sebabnya mereka membenarkan pembeli membayar 1% daripada nilai hartanah dan menjelaskan yang selebihnya apabila rumah siap nanti,” jelas Cheong.

Menurutnya lagi, pihak pemaju terpaksa mencipta langkah pembayaran yang ‘murah hati’ ini kerana penjualan hartanah baru menjadi lebih payah. Bagi yang tak tahu, jika pemaju tak dapat jual 40% daripada unit yang dibina, mereka mungkin akan hilang sumber kewangan daripada bank! 

Tambahnya lagi, “Di sinilah bermulanya masalah. Jika perkara ini berpanjangan, pasaran akan merosot dalam tempoh 24 ke 30 bulan kerana pengguna tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membeli hartanah.” Jadinya lebih supply daripada demand lah ni kan?

 

4. Harga hartanah dijangka menurun daripada RM500,000 ke RM300,000

Expert Predicts Msias Property Market Crash In 2018 House Prices Will Drop Drastically World Of Buzz 4
gambar hiasan

Cheong menganggarkan jumlah unit di pasaran sekunder bernilai kira-kira RM4 bilion yang membentuk sejumlah besar RM16 bilion di pasaran perumahan.

“Jadi, lebih kurang RM16 bilion hartanah sedang menanti untuk dibeli. Namun tiada permintaan daripada pengguna. Sebabnya ialah orang ramai tiada wang,” katanya.

Ekoran daripada hal ini, Cheong percaya kemerosotan pasaran hartanah bakal berlaku pada awal tahun hadapan dan dianggarkan harga rumah bakal menurun daripada RM500,000 ke RM300,000. Fuh banyak turun tu! 

 

5. Kalau tak mampu beli rumah, sewa dahulu

Expert Predicts Msias Property Market Crash In 2018 House Prices Will Drop Drastically World Of Buzz 5
gambar hiasan

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya jangan membeli rumah melainkan jikalau mereka boleh menyimpan wang sebanyak RM1,000 sebulan dalam tempoh setahun untuk kegunaan di saat genting, kata Cheong.

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 89% daripada rakyat Malaysia memperoleh gaji kurang daripada RM5,000 sebulan. Maka adalah lebih baik jikalau mereka berjimat cermat dengan wang yang mereka ada.

“Tidak ada keperluan untuk membeli hartanah buat masa ini. Cuba menyewa terlebih dahulu,” pesan Cheong.

Apa pendapat anda? Menyewa atau nak beli rumah? Yang mana lebih menguntungkan? 

Baca: Gadis Kongsi Bagaimana Dia Berjaya Miliki Sebuah Rumah di Bukit Bintang Pada Usia 24 Tahun

Beli Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.