in

“Bangganya!” – ‘Stylist’ Beyonce Pakai Baju Rekaan Anak Jati Sarawak Di Met Gala

Syaz Ft 2026 05 07T162320.145

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, anak jati Sarawak sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa! Kali ini, pereka fesyen menswear, Dickson Lim, mencuri tumpuan dunia apabila rekaannya bukan sahaja digayakan di acara fesyen paling berprestij, Met Gala, malah muncul di muka depan akhbar terkemuka Amerika Syarikat.

“I Genuinely Thought This Was Fake…”


Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Dickson meluahkan rasa tidak percaya apabila melihat hasil tangannya terpampang jelas di muka depan The Wall Street Journal (WSJ). Apa yang lebih membanggakan, rekaan tersebut muncul bersebelahan dengan ikon pop dunia, Beyoncé!

Artikel berkaitan: “Gajah pun tahu bau orang kita!” – Netizen Sayu Tengok Dara, Amoi & Kelat Berhenti Bila Nama Dipanggil Pelancong Malaysia

Artikel berkaitan: “Malaysia negara sahabat” – Iran Bagi Jaminan 7 Kapal Malaysia Boleh Lalu Selat Hormuz Secara Percuma

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DICKSON LIM (@thedicksonlim)

“Saya benar-benar ingat ini palsu tadi. Rekaan saya di muka depan The Wall Street Journal… bersebelahan dengan Beyoncé. Macam tak percaya,” tulisnya dalam kapsyen penuh emosi.

Digayakan Oleh Stylist Beyoncé

Rupa-rupanya, rekaan bespoke Dickson telah digayakan oleh Ty Hunter, iaitu perunding imej dan stylist terkenal yang sering bekerjasama dengan Beyoncé. Dickson turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Ty kerana membantu merealisasikan impian yang dianggapnya mustahil selama ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis termasuk Yazmin Aziz turut memberikan ucapan tahniah. Malah, ada yang menyifatkan Dickson Lim sebagai ikon Malaysia seterusnya yang bakal mengikut jejak langkah nama-nama besar seperti Datuk Jimmy Choo dan Michelle Yeoh.

Cats 2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.