Baru-baru ini kerajaan India telah mengharamkan 59 aplikasi dari China dan ianya termasuklah aplikasi Tik Tok ekoran dari pergesaran di antara mereka termasuklah isu kecurian data pengguna. Antara aplikasi yang diharamkan termasuklah TikTok.
Namun, rakyat di sana boleh kembali tersenyum apabila India kini hadir dengan aplikasi mereka sendiri yang dijangka mampu bersaing dengan aplikasi terkenal tersebut yang diberi nama ‘TikTik-Made In India’
Menurut sumber, aplikasi ini difahamkan telah dibangunkan oleh Ashish, seorang pelajar tahun tiga di University College of Engineering, Kariyavattom.
Apa yang menarik perhatian, tidak sampai beberapa hari dilancarkan aplikasi ini sudah dimuat turun sebanyak lebih dari 30,000 kali. Wow!
Memetik Indian Express , Ashish memilih nama berkenaan kerana ianya mudah diingati oleh orang ramai. Dia turut menceritakan aplikasi ciptaannya bakal hadir dengan ciri-ciri yang lebih hebat dari aplikasi TikTok. Dia turut memberikan ‘hint’ bahawa aplikasinya bakal lengkap dengan ruangan chat dan juga tempoh rakaman video yang lebih panjang.
Kalau lagi banyak function, nak download TikTik jugaklah!