in ,

“Baju terdedah sangat” – Niat Nak Kongsikan Cerita Kena ‘Gangguan Sexual’, Tapi Dihentam Balik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni gangguan seksual sering disebut oleh ramai orang, dahulunya jika seseorang itu diganggu dia hanya mampu pendam sahaja. Bila adanya platform seperti Twitter ramai yang berani menyuarakan dan kongsi pengalaman mereka.


Bercakap tentang gangguan seksual, baru-baru ini seorang gadis telah kongsikan peristiwa yang dialami melalui IG Story

Tapi tak sangka, disebab kan perkongsian itu, ada beberapa individu yang dipercayai followernya menghentam balik dakwaan yang dikeluarkan.

Menerusi Twitter Tira Ashikin, dia telah kongsikan semula insiden yang berlaku di dalam Instagram miliknya.

Ini adalah beberapa kecaman yang diterima oleh gadis ini selepas kongsikan ceritanya. Kesian tau dia, baru nak luahkan orang dah kecam…

 

 

Dia Cium Leher Saya

Sempat di temubual oleh Lobak Merah, Noor Atirah ceritakan yang dia pernah dipaksa oleh warga asing untuk menciumnya. Kederat wanita kan, warga asing itu telah mencium lehernya.

Dia mengaku dirinya adalah seorang yang friendly, baginya jadi dirinya itu bukanlah satu tiket untuk orang diluar sana mengambil kesempatan untuk puaskan nafsu.

Sangat tak masuk akal sebab, nafsu boleh dikawal. lagipun, kita semua dah besar. ada akal untuk berfikir apa yang betul, apa yang salah” – Noor Atirah

Tujuan dia kongsikan isu tersebut adalah untuk bangkitkan kesedaran netizen tentang masalah gangguan seksual. Namun perkara lain yang berlaku pada dirinya.

Dia turut berpesan pada pembaca Lobak Merah, jika seseorang ingin kongsikan cerita seperti ini. Jangan terus menghukum mereka, malah dengar dan cuba untuk fahamkan situasi.

Melalui Twitternya dia turut menyatakan setiap orang ada hak untuk bersuara, perkongsiannya ini berguna untuk bangkitkan keberanian seseorang jika hadapi gangguan seksual.

Kalau nak tahu apa lagi kecaman yang diterima, korang boleh klik sini.

 

Baca: “Dahlah hantar anak pergi tadika Islam” – Netizen ‘Sound’ Bapa Gatal Ambil Gambar Cikgu Tadika, Jadikan Bahan Sexual Harassment

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.