Sejak dari kecil, kita dah dibiasakan dengan minyak angin bila pening kepala, sakit perut atau selesema. Malah, untuk elakkan perut bayi baru lahir kembung pun, kita akan letak minyak angin pada badan.
Tapi korang tahu tak ada beberapa produk minyak angin yang dah biasa kita guna ni sebenarnya bahaya untuk digunakan pada kanak-kanak bawah dua tahun?
Menerusi Facebook Public Health Malaysia, penggunaan produk-produk minyak angin yang mengandungi Champor atau lebih dikenali sebagai kapur barus ini boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami sawan malah boleh membawa maut atau keracunan jika termakan.
Antara produk-produk yang mengalami kapur barus termasuklah:
1. VapoRub
2. Tiger Balm
3. Minyak Angin Cap Kapak
4. Mentholatum Ointment
5. Minyak Angin Cap Lang
6. Salonpas
7. Yoko Yoko
8. Hurix’s Nutmeg Balm
Dekat bawah ni, korang boleh tengok list penuh produk yang mengandungi kapur barus.
Banyak jugak produk-produk yang ada kapur barus ni, and mostly memang ada je kat rumah kita tu. So, lepas ni sebelum beli untuk anak-anak korang tu, bolehlah tengok dulu ingredients tu. Bak kata omputeh, better safe than sorry. Yedok?