in

“Bagi dia pulak merangkak naik mahkamah” – Peguam Nak Bela Nasib Ustazah Dalam ‘Video Merangkak’ Secara Percuma

Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video ustazah disuruh merangkak oleh ibu kepada anak muridnya itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya marah bila maruah seorang guru dipijak seperti itu.


Ia turut menarik perhatian seorang peguam, Nurhidayaty Maidin hingga wanita ini memuat naik status di Facebook mencari ustazah di dalam video ini.

Menurut Nurhidayaty, walau apa pun alasan ibu tersebut, dia tak sepatutnya berbuat demikian pada ustazah ini.

Melampau mak bapak sekarang. Level tapir yang tak boleh diajar. Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekali. Apa jua alasan , guru ini tidak patut di perlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik.”

Bukan tu je, Nurhidayaty juga meminta penasihat jabatan undang-undang Jabatan Agama Islam Negeri untuk ambil berat tentang kes ini dan membela nasib guru-guru.

BERKENAAN VIDEO SEORANG GURU MERANGKAK. Penting!!TOLONG TAG VIDEO PADA MAK BUDAK YANG REKOD NITolong kenalkan saya…

Posted by Nurhidayaty Maidin on Monday, February 24, 2020

Tak cukup dengan ini, seorang guru, Mohd Fadhli Salleh juga telah membawa perkara ini ke Facebook dan mengenal pasti lokasi insiden ini, iaitu di Madrasah Ad Diniah Islamiah Parit 15, Bagan Datoh, Perak.

Menurut Fadhli, dia dapat maklumat ini selepas waris ustazah ini menghubunginya sendiri dan dia telah pun sampaikan tawaran Nurhidayaty kepada keluarga ustazah malang tersebut.

Screenshot 2020 02 25 At 4.58.20 Pm

Harapnya, ustazah ni dapat pembelaan yang sepatutnya.

 

Baca: “Di mana maruah cikgu?!” – [Video] VIRAL! Parent ‘Denda’ Ustazah Suruh Merangkak Dalam Kelas Depan Anak Murid!

Collage 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.