in

“Di mana maruah cikgu?!” – [Video] VIRAL! Parent ‘Denda’ Ustazah Suruh Merangkak Dalam Kelas Depan Anak Murid!

Collage 59

Kadang-kadang tak salah untuk menegur atau mendenda anak-anak untuk bagi pengajaran, asalkan janganlah sampai cedera atau memalukan.

Tapi, kalau betul ada tindakan cikgu yang dianggap melampau, ada channel yang betul untuk buat laporan dan tindakan akan diambil mengikut peraturan, bukan buat peraturan sendiri.

Macam video yang dirakamkan oleh seorang ibu kepada murid sekolah agama yang baru tular ini.

Korang boleh tengok sendiri kat bawah ni, macam mana seorang guru lain telah menyuruh seorang ustazah untuk merangkak di dalam kelas sambil diikuti oleh anak murid atas arahan seorang parent.

Cukup kurang ajar …sbg parent awak telah menghancurkan hati semua guru diseluruh dunia..Haramkan setitik doa dan ilmu utk ankmu….Mana jabatan pendidikan malaysia,sila ambk tindakn buat insan bodoh ini…Kalau awak sndiri rasa tersangat hebat sila ambk masa seminggu handle shj utk handle kelas handle kerenah ank2 murid..

Posted by Asmahadi As Ad-Dimasyiqi on Monday, February 24, 2020

Menerusi audio yang dapat didengari dari video ini, ibu ini mengatakan yang ustazah itu telah buat perkara yang sama pada anaknya hingga anaknya itu cedera dan tak mahu datang ke sekolah lagi.

Ekoran dari tindakan wanita ini menyuruh ustazah berbuat demikian, ia telah mendatangkan kemarahan netizen yang menganggap wanita ini langsung tak menghormati maruah seorang guru.

Tak kurang juga ada yang marah kerana ustazah ini ikutkan je cakap ibu ini.

1 28 2 13

Pun begitu, individu yang memuatnaik video ini tak pasti di sekolah mahu pun negeri mana berlakunya kejadian ini namun mengatakan yang kejadian ini masih baru lagi berlaku dan mengharapkan pihak kementerian dapat lakukan sesuatu.

Baca: Murid Pindah Sekolah Lepas Rahsia Dengan Cikgu Kaunseling Jadi Bahan Gossip & Ustazah ‘Canang Cerita’ Dekat Semua Orang

Screenshot 2020 02 25 At 12.52.27 Pm