in

Bagaikan Sudah ‘Tahu’ Lebih Awal, Karangan Budak 14 Tahun Maut Kemalangan Jadi Kenyataan

Karangan Kemalangan Jadi Kenyataan

Pada 27 Ogos lepas, satu kemalangan yang menyayat hati berlaku melibatkan kematian seorang kanak-kanak berusia 14 tahun bersama datuk dan neneknya di Kilometer 135.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Allahyarham Danial Danish Mohd Ali bersama datuknya, Shamsuddin, 75 dan neneknya, Kamariah Hamzah, 72, terlibat dalam kemalangan selepas sebuah treler terbabas ke lorong kecemasan merempuh Proton Exora yang dinaiki keluarga tersebut yang katanya dalam perjalanan bercuti ke Terengganu dari ibu negara, lapor Berita Harian.

Nahaslpt17Og 1661599399

Karangan Danial bagai sudah ‘tahu’ apa yang bakal berlaku 

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah screenshot memaparkan karangan yang ditulis Danial semasa peperiksaan 3 hari sebelum kemalangan berlaku yang menceritakan mengenai tragedi yang terjadi semasa percutian keluarganya.

Menerusi karangan berkenaan, Danial menulis ‘pada ketika itu di tengah jalan raya tengah sesak dan ada kereta merempuh kereta keluarga saya. Selepas dia merempuh dan kereta saya tidak boleh bergerak langsung’. 

Kemudian dia juga menyambung, ‘keluarga saya telefon ‘towing’, saya dan mak saya ikut orang yang menolong di tempat tadi dan kita orang duduk di tempat rehat dari pukul 6 petang hingga pukul 3 pagi’. 

Lebih mengejutkan dia juga menulis, ‘saya bosan menunggu towing ambil kita orang dan kereta itu total lost yang mana mempunyai persamaan dengan situasi menimpa keluarga tersebut.

Img 5437

Menurut netizen, tulisan karangan itu seolah-olah Danial mendapat ‘firasat’ bahawa dia sudah ‘tahu’ apa yang bakal berlaku.

Hal ini kerana, kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu terjadi ketika kereta mangsa yang mengalami kerosakan sedang dinaikkan oleh trak penunda di lorong kecemasan sebelum ia dirempuh treler.

Guru dan keluarga tergamam baca karangan mangsa

Guru Danial yang memeriksa kertas peperiksaan pada malam kejadian itu juga agak terkejut selepas menyemak semula karangan yang ditulis mangsa.

Ibu saudara Danial, Azlina Mohamad, 44, memberitahu sumber yang dia tergamam melihat butiran dalam karangan anak saudaranya.

Karangan arwah (Danial) mengejutkan saya. Saya tidak tahu apa yang boleh saya katakan mengenainya,” katanya.

Manakala bapa saudaranya, Azreen Mohamad di Facebook juga berkongsi akan hal yang serupa serta mendoakan yang terbaik buat anak saudaranya.

Apa-apapun marilah kita sama-sama kirimkan Al Fatihah buat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang menimpa. 

Baca: [TERKINI] Kemalangan Lebuhraya Sebabkan Gangguan Air Di 397 Kawasan Di KL & Selangor

Aire

Sumber: Twitter