in

B40 Dapat Lanjutkan Moratorium Secara Automatik

Zafrul Abdul Aziz Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium secara automatik kepada golongan B40 dan peniaga kecil.


Namun, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengingatkan kelulusan untuk moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank diberi secara automatik kepada golongan B40 dan peniaga kecil, namun mereka perlu memohonnya.

 

Golongan B40 dapat lanjutan moratorium secara automatik. Golongan peniaga kecil dapat lanjutan secara automatik,” katanya ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021.

Katanya lagi, moratorium juga tersedia untuk golongan M40 dan T20, boleh mohon kepada bank masing-masing. Lapor FMT

Namun begiu, beliau meminta agar wakil rakyat merenung adakah adil golongan kaya yang mampu membayar hutang diberi moratorium.

“Bukankah lebih baik mereka bayar hutang agar masuk sistem perbankan untuk jana lebih banyak pinjaman khusus kepada perniagaan dan industri yang cipta pekerjaan,” katanya.

Di bawah Belanjawan 2021, Tengku Zafrul mengumumkan bahawa B40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat memilih moratorium tiga bulan atau pengurangan 50% ansuran bulanan mereka selama enam bulan.

Baca : MP Kerajaan & Pembangkang Sepakat Mahu Moratorium Dilanjutkan Hingga Jun 2021, Bantu Rakyat Akibat Kesan Covid-19

Moratorium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.