in

MP Kerajaan & Pembangkang Sepakat Mahu Moratorium Dilanjutkan Hingga Jun 2021, Bantu Rakyat Akibat Kesan Covid-19

Feat3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut FMT, beberapa ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang hari ini bersepakat mahu moratorium dilanjutkan hingga Jun 2021. Difahamkan, mereka bersetuju dengan cadangan lanjutan itu dimasukkan dalam Belanjawan 2021 demi bantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.


Ahmad Maslan (BN-Pontian) dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 mencadangkan agar selepas moratorium tempoh 6 bulan tamat, mereka yang mempunyai pinjaman RM500,00 dan ke bawah diberi penangguhan automatik untuk 3 hingga 6 bulan lagi, sekiranya Covid-19 belum pulih.

Dmp

Beliau turut mencadangkan inisiatif pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 secara bersasar, dipendekkan tempohnya daripada 12 bulan (RM500 sebulan) kepada RM1,500 sebulan selama 4 bulan. Ia tetap akan menjadikan jumlah pengeluaran sebanyak RM6,000.

“Dengan itu, pinjaman berjumlah besar dan banyak oleh T20, dan syarikat besar dengan tersendiri terkecuali kerana keupayaan mereka dan pada masa sama kita boleh terus membantu rakyat yang memerlukan. Angka RM500,000 itu boleh diubah mengikut yang lebih sesuai berdasarkan jumlah paling ramai rakyat yang boleh dibantu.”

Selain Ahmad Maslan, Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) turut membahaskan cadangan pelanjutan moratorium. Kata beliau, kerajaan perlu membantu kelompok peniaga sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik ini.

“Moratorium kita setuju supaya dilanjutkan pada Jun akan datang kerana mereka menghadapi masalah yang begitu besar. Begitu juga syarikat perusahaan kecil dan sederhana, mereka tak mampu bayar gaji pekerja. (Jadi) Kerajaan harus memberi bantuan kepada pekerja itu sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan untuk terus hidup sehingga selesai masalah pandemik (Covid-19).”

Bank

Mat Sabu turut sentuh isu peruntukan RM85.5 juta buat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan berkata ia sepatutnya disalurkan untuk membela nasib rakyat. Beliau dan Lim Guan Eng (PH-Bagan) menegaskan peruntukan untuk JASA di dalam Belanjawan 2021 seharusnya ditolak.

Seramai 7 ahli Parlimen mengambil bahagian pada hari ke-2 perbahasan Belanjawan 2021. Persidangan akan bersambung esok.

Baca: Belanjawan 2021: Ini Apa Yang Dibentangkan Menteri Kewangan

Summary Belanjawan

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.