in

“Awat peghak sangat dia ni?” – Lelaki Kena Kecam Lepas Panjat Rak IKEA Penang Hanya Semata-mata Nak Ambil Gambar

Apa Punya Turr

Baru-baru ni, orang Penang mesti teruja sebab IKEA baru saja dibuka dekat Batu Kawan pada 14 Mac lepas. Orang Penang nampaknya bolehlah merasa makan meatballs dan bergaya dengan perabot IKEA kan.

Seronok tu memang seronok, tapi korang janganlah jadi macam individu kat bawah ni. Terlalu ‘excited’ sampai panjat memanjat rak di IKEA. Uiks apahal ni??

 

“Tolong jangan buat ni. IKEA tak halang anda nak ambil gambar, tapi jangan panjat rak atau duduk atas kotak” 

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen telah memuat naik amaran beserta gambar akan tingkah laku pelanggan IKEA yang dianggap biadab dan berbahaya.

Seorang lelaki dilihat memanjat salah satu rak di IKEA dan duduk di atasnya. Menurut netizen tu, tindakan ni sangat bahaya sebab korang mungkin boleh bahayakan diri (kalau tetiba rak runtuh sebab korang berat sangat) atau rosakkan produk yang orang nak beli (duduk atas kotak yang berisi barang IKEA). 

Ikea 1

D2Onio0Ukaamely
sumber: twitter

 

Kalau masuk IKEA tolong jangan… 

Berikutan kejadian yang berlaku kat atas ni, netizen yang selalu ke IKEA diingatkan untuk jangan buat perkara-perkara di bawah. Kalau jadi apa-apa…haa siapa nak tanggung??

Ikea 2
sumber: twitter
Panjat
sumber: instagram

 

“Seronok sangat kot IKEA baru buka” 

Rata-rata netizen korang tak yah tanyalah kan, sudah pastinya mengecam pengunjung IKEA tu habis-habisan. Orang Penang cakap, ‘awat peghak sangat?’ sampai sanggup panjat memanjat semata-mata nak ambil gambar punya pasal. Buat malu orang Penang tau hampa semua ni! 

Haria Penang
sumber: twitter

Haish admin pun tak tahu nak cakap apa jenis perangai macam ni. Yang lain tengah baca cerita ni jangan ikut ye adegan di atas! 

Baca: Seluruh Dunia Kena Kencing! Swedish Meatball Popular IKEA Sebenarnya Asal Dari Turki?!

Meatball