in

Awal Ashaari Dihadapkan Ke Mahkamah, Didakwa Buat Khianat Rosakkan Palang Pagar

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, pengacara popular Awal Ashaari telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan di Sunway Damansara.


Awal telah membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh Majistret Zhafran Rahim Hamzah sebentar tadi, lapor Harian Metro.

Menurut pertuduhan yang dibacakan, Awal dipercayai melakukan perbuatan tersebut di pondok pengawal Challis Damansara dan dikatakan pihak pengurusan telah mengalami kerugian sebanyak RM600 pada 16 April lalu jam 11.30 pagi.

Pengacara ini telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Sekiranya bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Awal telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2,000 selepas peguamnya Hamizah Sobree meminta pengurangan atas alasan pendapatannya sebagai pengacara tidak konsisten dan perlu menyara isteri, dua orang anak dan ibu bapa yang sudah berusia.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 15 Julai nanti.

Menjengah ke Instagram peribadi, Awal mengatakan yang dia telah dihalang dari masuk ke rumah lamanya serta turut menyertakan syarat mengatakan pihak pengurusan tidak mempunyai hak untuk melarang dia dari memasuki rumahnya.

Screenshot 2022 05 17 At 12.25.39 Pm

Pun begitu, pelakon ini tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.

 

Baca: “Lara belajar sekolah antarabangsa…” – Awal Ashaari Tampil Buka Mulut Selepas Dikecam Gara-gara ‘Sambut’ Krismas

Ft Awal Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.