in

“Lara belajar sekolah antarabangsa…” – Awal Ashaari Tampil Buka Mulut Selepas Dikecam Gara-gara ‘Sambut’ Krismas

Ft Awal Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini pengacara popular tanah air, Awal Ashaari telah memuat naik beberapa keping fotonya bersama keluarga sedang menghadiri sambutan hari Krismas seorang kenalan di laman Instagram sehingga mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen.


Bimbang sekiranya isu ini melarat dan menyebabkan salah faham pelbagai pihak, Awal Ashaari akhirnya tampil ‘buka mulut’ untuk memperjelaskan situasi sebenar mengenai isu sambutan hari Natal itu.

Menurutnya di Instastory, foto dia bersama isteri, Scha Alyahya dan anak mereka, Lara Alana itu telah dirakam ketika mereka berkunjung ke kediaman seorang kenalan rapat bagi tujuan untuk menghormati jemputan tuan rumah.

Awal Ig 1

Lara belajar sekolah antarabangsa, ramai kawan non-muslim

“Ramai orang cuba untuk dapatkan jawapan saya mengenai foto sambutan Krismas yang viral sekarang. Jawapan saya mudah, Lara belajar di sekolah antarabangsa dan ramai kawan baiknya non-Muslim, mereka sambut Krismas”. 

Ujarnya lagi,

“Sebagai rakan, bila ada sesuatu perayaan, mesti kita di jemput dan kita juga ingin menziarah. Tuan rumah kasi dress code, kita ikut untuk respect permintaan mereka”. 

Awal 1

 

Sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri

Tambah Awal lagi, sama juga situasinya dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ramai kenalan yang beragama lain akan datang beraya di rumah kita siap memakai baju Melayu, baju kebaya malah ada juga yang memakai jubah. Mereka juga turut menjamu selera dengan pelbagai hidangan hari raya seperti ketupat rendang sampai tak tidur malam.

Sebelum ini, terdapat segelintir netizen yang menganggap bahawa tindakan Awal meraikan perayaan yang disambut oleh penganut agama lain ini sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan agama Islam.

Orang Kristian pun respect agama kita. Diorang selalunya beli makanan kat restoran yang halal so that kita rasa selesa. Diorang tak minum pun depan kita sebab hormat.

Walaupun berbeza agama, Awal berkata mereka masih menghormati keluarganya yang beragama Islam dengan menyediakan juadah yang halal.

 

Masih seorang Islam, tak terjejas akidah 

Di akhir penjelasannya di Instastory,

“Mereka post di Instagram untuk wish dan cakap terima kasih sebab jemput, apabila mereka pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka, Buddha, Hindu atau pun Kristian”. 

Mereka tak automatik jadi Islam. Cuba terbalikkan situasi itu dan anda akan dapat jawapannya. 

Awal Ig 2

Baca: Lelaki Ini ‘Kena Bahan’ Teruk Oleh Netizen Sebab Kata Ucapan Hari Natal Bagi Umat Islam Haram? Sebab... Baca Krismas

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.