in

“Asyik K3G je!” – Jom Layan 5 Filem Best Ni Sempena Cuti Deepavali!

Filem Hindustan Tamil Best 2024

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena cuti perayaan pesta cahaya iaitu Deepavali yang bakal disambut esok hari, korang mesti dah rancang macam-macam aktiviti yang nak dibuat nanti kan?

Ada yang dah plan nak balik kampung, bercuti dan mesti ada yang hanya nak duduk di rumah dan luangkan masa bersama keluarga sahaja.


Cuti Deepavali korang tak lengkap kalau tak tonton filem-filem Hindustan dan Tamil terkini yang yang sedang trending di Netflix.

Jadinya, min cadangkan korang layan Netflix dengan filem-filem gempak dari India dan yang penting, ini bukan filem biasa yang ditayangkan di televisyen ya!

1. Do Patti

Kalau korang peminat filem bergenre thriller dan Kajol, filem ni wajib tonton!

Do Patti merupakan filem pertama yang menampilkan pelakon Kajol sebagai polis. Ia mengisahkan tentang pasangan kembar, Somya dan Shailee yang berbeza personaliti dan tidak suka antara satu sama lain.

Somya dijodohkan untuk berkahwin dengan Dhruv, seorang lelaki yang mudah baran. Somya sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga membuatkannya hampir hilang akal.

Walau beberapa kali didesak oleh inspektor polis untuk memfailkan aduan terhadap suaminya, Somya tetap menolak. Sehinggalah satu hari berlaku cubaan membunuh Somya oleh suaminya dan disaksikan penduduk sekeliling.

2. Meiyazhagan

Bukan tipikal filem yang ada lagu-lagu joget, filem ini sarat dengan kisah kekeluargaan.

Meiyazhagan ialah sebuah filem komedi Tamil yang penuh dengan emosi, dibintangi oleh Karthi dan Arvind Swami.

Ia mengisahkan tentang Arul yang telah meninggalkan kampung halamannya selepas menjual harta pusakanya. Namun, setelah bertahun-tahun, dia kembali ke kampung untuk menghadiri perkahwinan sepupunya dan bertemu dengan Meiyazhagan, seorang sepupu yang sangat ceria.

Filem ini menekankan kisah persaudaraan dan bagaimana hubungan masa lalu mempengaruhi kehidupan mereka.

3. Maharaja

Korang yang suka cerita-cerita yang ada plot twist, filem ni memang next level!

Maharaja mengisahkan tentang seorang tukang gunting rambut bernama Maharaja yang berusaha mendapatkan semula Lakshmi, sebuah tong sampah besi yang hilang selepas kediamannya dimasuki oleh pencuri.

Maharaja membuat laporan polis mengenai kehilangan Lakshmi tapi polis tidak mengendahkannya. Banyak kali dia mendesak polis membantunya mencari Lakshmi sehingga sanggup membayar wang yang banyak kepada polis sebagai ganjaran jika mereka bantu mencari tong sampah besi itu.

Pun begitu, situasi mula berubah apabila polis curiga dengan niat sebenar Maharaja…

Artikel berkaitan: 5 Filem ‘Horror’ Terbaik Tahun 2024, Peminat Cerita Seram Memang Kena Tengok!

4. Crew

Gandingan ‘otai’ dalam satu filem, Crew menceritakan tentang tiga orang pramugari dari Kohinoor Airlines, Geeta Sethi (Tabu), Jasmine Kohli (Kareena Kapoor), and Divya Rana (Kriti Sanon) yang berdepan dengan masalah kewangan syarikat.

Mereka bertiga dari latar belakang yang berbeza namun persamaan antara mereka, mereka perlukan wang untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi.

Suatu hari mereka bertiga berdepan dengan kecemasan apabila salah seorang pramugara meninggal dunia di dalam kapal terbang.

Yang lebih mengejutkan, badan pramugara tersebut penuh dengan emas. Mereka terkejut dan mula menyedari terdapat sindiket penyeludupan emas ke luar negara dan mahu menyertai sindiket tersebut.

5. Khel khel mein

Akibat satu permainan, rumah tangga dan persahabatan boleh hancur…

Kisahnya mengenai sekumpulan kawan dan pasangan masing-masing bermain satu permainan yang mana setiap mesej atau panggilan dalam telefon perlu dibaca dan didengarkan depan semua orang.

Filem ini diadaptasi dari filem Itali yang berjudul Perfect Strangers, yang pernah menerima anugerah Guiness World of Record kerana menjadi filem remake paling banyak setakat ini.

Sumber: Netflix

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.