Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, TV3 ada menyiarkan satu program masakan yang berjudul Jom Berbuka 2024, program yang merakamkan intipati kekeluargaan dan perpaduan melalui tradisi penyediaan juadah berbuka puasa.
Ia menampilkan keluarga selebriti yang menyediakan hidangan untuk berbuka puasa dan dalam episod terbaharu, pelakon Liza Abdullah serta anaknya, Zulsyahmi telah menjadi selebriti undangan.
Bagaimanapun episod kali ini tular kerana ramai netizen tertumpu kepada anak bujang pelakon 7 Hari Mencintaiku Ini.
Artikel berkaitan : Remaja Thailand Dipukul Sehingga Tidak Sedarkan Diri Selama 2 Hari Kerana ‘Terlalu Kacak’
Artikel berkaitan : Wajah Persis Bintang K-Pop, Penyerang Kacak Korea Terpaksa Matikan Telefon Kerana Dibanjiri Mesej
Keratan klip video program ini sedang tular di X, ramai yang tertumpu kepada anak bujang Liza Abdullah ini kerana rupanya yang disamakan dengan penyanyi Tomok.
Bahkan ada juga yang beranggapan bahawa rupanya itu persis dengan penyanyi tersohor antarabangsa, Justin Timberlake selain ada yang ‘tak keruan’ apabila melihatnya.
Menurut sumber yang min terima, Zulsyahmi Naqib ini merupakan anak ketiga Liza Abdullah dan dikatakan rajin menemani ibunya ke set penggambaran.
Liza juga sebelum ini menyatakan bahawa anaknya pernah mendapat tawaran berlakon. Namun anaknya itu juga disifatkan sebagai seorang yang pemalu.
Sumber : X, YouTube TV3, TikTok mStar