Banyak momen indah yang dapat kita lihat pada Piala Dunia edisi kali ini. Antara yang mencuri tumpuan adalah gelagat penyokong Arab Saudi selepas pasukan mereka menewaskan Argentina, Metro Boy yang menjadi ikutan ramai dan pasukan Jerman yang tersingkir di peringkat kumpulan.
Turut mencuri perhatian ramai, penyerang Korea Selatan, Cho Gue-sang yang menjadi kegilaan ramai wanita sehinggakan jumlah pengikutnya di Instagram naik mendadak.
Akaun Instagram Gue-sang sebelum dikenali ramai hanyalah 20,000 pengikut. Namun, kini sudahpun mencecah 2.1 juta pengikut berikutan wajahnya yang dikatakan persis bintang K-Pop dan selebriti di sana.
https://www.instagram.com/p/ClrR93pS2mc/?hl=en
https://www.instagram.com/p/ChGn7EEva4E/?hl=en
Semuanya bermula apabila video dia duduk di bangku simpanan semasa Piala Dunia Qatar 2022 tular di media sosial. Para peminat mula membanjiri media sosial penyerang itu, selain turut meninggalkan komen dan mesej buat Gue-sang.
Kegilaan peminat terhadap Gue-sang bertambah dahsyat apabila telefonnya sering berbunyi memandangkan banyak notifikasi yang masuk. Difahamkan, Gue-sang sering terjaga ketika berehat, selain situasi ini mengganggu kosentrasi pemain itu.
Disebabkan itu, Gue-sang mematikan telefon bimbitnya. Tidak banyak maklumat mengenai kehidupan peribadi penyerang Korea Selatan ini, namun dia difahamkan sudah mempunyai teman wanita.
Untuk rekod, pemain berusia 24 tahun itu menjaringkan dua gol ketika menentang Ghana di perlawanan peringkat kumpulan.
Kredit: Sinar Harian
BACA: The BTS Effect: Bagaimana BTS Menaikkan Ekonomi Korea Selatan Dengan Mendadak