in

Artis K-pop Park Woo Jin Terpaksa Mencicit Lari Bila ‘Diserang’ Peminat Fanatik Di Airport

K Pop Rapper Literally Breaks Into Full On Sprint To Get Away From Fangirl Swarm At The Airport World Of Buzz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai orang nak jadi famous kan? Yalah, kalau tengok kehidupan orang-orang famous ni macam seronok je kan? Tapi, ada harga yang perlu dibayar untuk jadi famous. Privacy? Jangan haraplah.


Korang boleh tengok sendiri apa yang berlaku pada bekas ahli kumpulan Wanna One, Park Woo Jin ini. Video dia berlari tak cukup tanah viral di media sosial semalam bila dia ‘diserang’ oleh peminat.

Menurut World Of Buzzrapper dan penulis lagu ini baru saja pulang ke tanah air selepas menjalani penggambaran ‘Laws Of The Jungle’ di Thailand. Dalam video tersebut, dia dilihat sedang berjalan di lapangan terbang bersama pengiringnya. Tapi, dalam sekelip mata saja dia sedar ada sekumpulan peminat ‘gila’ perlahan-lahan menghampirinya. Woo Jin apa lagi, mencicit lari selamatkan diri.

K Pop Rapper Literally Breaks Into Full On Sprint To Get Away From Fangirl Swarm At The Airport World Of Buzz

Dalam video ni juga boleh nampak peminat-peminat wanita ini gelak sambil panggil namanya. Ada juga yang turut sama lari untuk kejar Woo Jin. Scary gila!

Kalau korang nak tahu, benda ni benda yang selalu terjadi. Ramai selebriti di Korea hidup dalam ketakutan dengan peminat yang terlalu fanatik ini. Di sana, mereka panggil peminat seperti ini sasaeng. Sasaeng ini biasanya terdiri dari wanita berusia 17 ke 22 tahun.

Antara perkara yang sasaeng ini sanggup lakukan adalah cuba untuk culik selebriti pujaan mereka, mengendap selebriti malah sampai pecah masuk rumah dan tunggu selebriti mereka ni balik.

Tak cukup dengan tu, ada yang sampai curi barang selebriti atau hantar surat yang ditulis menggunakan darah mereka. Manalah Woo Jin ni tak lari.

Kalau ya pun minat, tak payahlah sampai nak buat macamtu. Tahulah dorang ni femes tapi kadang-kadang dorang nak juga masa untuk diri sendiri. Ye dok? Admin tak fahamlah macam mana orang boleh terlalu obses dengan selebriti ni.

 

Baca: Pelakon Korea Park Bo Gum Buat Peminat Malaysia ‘Cair’ Bila Dia Nyanyi Lagu Belaian Jiwa Dengan Fasih

Screenshot 2019 04 03 At 5.39.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.