in

Apps Dooit Boleh Mengancam Keselamatan? Hadam Apa Yang Lelaki Ini Sampaikan

Ddooit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti korang pernah dengar pasal satu Aplikasi baru ‘Dooit’ kan? Admin yakin ada segelintir daripada korang yang tengah baca ni dah muat turun aplikasi dalam smartphone masing-masing.


Bagi yang masih belum mengenalinya, Dooit merupakan satu aplikasi kuiz uji minda, dalam masa yang sama kita berpeluang untuk meraih wang tunai!

Difahamkan, ada pemain yang berjaya meraih hampir RM 2,000 dalam masa 3 minggu! Menarik kan?! Tapi untuk pengetahuan korang, ia mungkin mengancam keselamatan korang! Nak tahu kenapa? Baca perkongsian lelaki ni

 

Akses maklumat peribadi yang lebih detail

Dooitlive
Sumber : google

“So this is what dooit is.. Sorry, if they’re not sharing their revenue source, YOU are their revenue.

having you stare at the screen while they have access to your front camera to record your “reaction” videos, and insistently gamifying the experience to keep you on that page seems like an app I wouldn’t want on any device.”

Terjemahan : Jadi ini lah Dooit. Maaf, jika mereka tak kongsikan sumber pendapatan. ANDALAH pendapatannya.

Pernah tak lihat di paparan skrin semasa mereka akses kamera depan untuk rakam video ‘reaksi’ anda bersungguh-sungguh bermain permainan itu untuk membuatkan anda bertahan ke halaman itu. Ia merupakan satu aplikasi yang saya tak nak ada dalam peranti saya.”

Untuk pengetahuan, mereka akan meminta kebenaran pemain untuk mengakases beberapa fungsi yang ada dalam peranti kita. Apa yang bahayanya? Lihat ini!

 

Permission yang dia minta, nak main main lah.

Dooitlive3
Sumber : twitter

Dooitlive2

“Ni dialah permission yang dia mintak. Nak main, main lah. I only put this up here because a friend asked what it is, so yeah take it as you will.”

Ia seolah-olah nak akses untuk geledah segala maklumat melalui peranti kita, sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih elok jika kita lindungi biarpun tiada apa-apa di dalam peranti kita.

Netizen menjadi curiga dan takut kerana aplikasi ini mahu baca, ubah suai dan buang kandungan yang ada dalam usb kita. Sah-sah ada maklumat peribadi kita kan?

Hurrm, kalau baca betul-betul di dalam mana-mana kandungan apps di Google Play sekalipun, pasti akan ada permission ini cuma kita je yang tak alert. Bahaya atau tidak? Terpulang pada pendapat masing-masing.

Pendek kata, sebenarnya lelaki ini nak tegaskan bahawa data kita mungkin diakses. Jadi, kena lah protect.

 

Baca : Tak sangka senang je nak dapat kerja guna app ni

Swipe Ko

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.