Masjid adalah satu tempat ibadat yang dikhususkan untuk orang Islam. Pun begitu, pintu masjid terbuka kepada semua orang termasuk bukan Islam.
Lain pula cerita yang mendapat perhatian netizen baru-baru ini. Seorang pemuda di belasah oleh orang-orang masjid ingat dia pencuri sebab dia masuk masijd lewat malam. Menurut pemilik akaun Facebook Cynda Rasymelda, adik lelakinya, Adam, menjadi mangsa dalam kes ini.
Lain kali selidik dulu
Berang dengan tindakan ‘orang masjid’ yang membelasah pemuda itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan terkutuk itu. Niat Adam untuk menunaikan solat di masjid bertukar tragedi selepas dituduh mencuri dan lebih teruk dibelasah oleh ‘orang masjid’. Kesian dekat Adam yang nak solat dekat masjid, tapi end up kepala berdarah
kita tak sepatutnya ambil tindakan sesuka hati, macam membelasah tanpa usul periksa. Tapi kalau betul dia mencuri sekalipun, tangkap dan serahlah kepada pihak berkuasa.
Dah Buat Laporan Polis
Laporan polis telah dibuat dan gambar bukti objek yang digunakan untuk menyerang mangsa pun dan ada.
Ya Allah, itu bunga pagar. Berat tu. Memang bocor kalau kena hayun kat kepala.
Untuk update terkini pasal kes ini, korang boleh check Facebook Cynda Rasmelda.
Kami di Lobak Merah mendoakan Adam semoga cepat sembuh dan keluarganya dipermudahkan urusan dalam menangani kes ni.Untuk orang yang buat anak orang sampai jadi macam ni, siap-sedialah untuk disoal oleh pihak berkuasa dan terima hukuman.