in

“Apa jenis suami ni?” – Isteri Dibelasah Lepas Luah Hasrat Nak Berpantang Rumah Emak

Fi Pukul E1644112897720

Semestinya apabila sudah menjadi pasangan suami isteri, memang banyak tanggungjawab lagi-lagi kalau pasangan tu baru dikurniakan cahaya mata. Bertambah lagi satu tugas si suami, untuk pastikan isteri diberi keselesaan sepanjang tempoh berpantang itu.

 

Hentak isteri dengan mangkuk besi

Namun malang menimpa gadis di Indonesia ini, apabila tempoh berpantangnya dimulakan dengan kisah hitam dalam hidupnya.

Kisahnya terjadi apabila wanita bernama Nur Hasanah berumur 28 tahun, dipukul oleh suaminya  gara-gara luahkan hasrat nak berpantang di rumah ibunya sendiri.

Pukul 3

Suaminya bernama Saddam bertindak sebegitu sebab dia berkeras mahukan isterinya untuk berpantang di rumah mereka saja. Disebabkan geram si isteri taknak ikut apa dikehendakinya, Saddam sanggup menghentak kepala isterinya menggunakan mangkuk jenis stainless steel. Lalu si isteri pun terus membuat laporan polis

Pukul 2

Muka isteri lebam-lebam

Susulan dari kejadian itu, sumber menyatakan bahawa wanita berkenaan mengalami lebam-lebam pada bahagian muka serta pada kepalanya.

Pukul 1

Suaminya pula bagai tak ada perasaan, menyatakan bahawa dia mengaku melakukan kekerasan terhadap isterinya ketika ditahan oleh pihak polis.

Ini lah antara cabaran dalam rumah tangga. Sesiapa yang ada pasangan tu, kalau ada masalah tolong bincang elok-elok ya.

Sumber : Sumut News

 

Baca : “Pijak, tendang, cekik isteri” – Wanita Dipukul & Diugut Bunuh Sebab Tegur Suami Selalu Bawa Anak Perempuan Pergi Minum Arak

Foot Pukul

Sumber: Sumut News