in

“Pijak, tendang, cekik isteri” – Wanita Dipukul & Diugut Bunuh Sebab Tegur Suami Selalu Bawa Anak Perempuan Pergi Minum Arak

Bagan4 E1606034506305

Padah menegur suami, wanita dibelasah dan ditolak hingga jatuh.

Pasangan yang sudah berkahwin selama 13 tahun ini dikatakan bertengkar sedikit pada hari kejadian kerana isterinya menegur tabiat suaminya yang sering bawa anak perempuan mereka yang masih bawah umur keluar minum arak.

 

Anak yang sering dibawa baru berumur 6 tahun.

Bagan5

Tak dapat menerima teguran, lelaki tersebut telah memukulnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki tersebut tidak dapat menerima teguran itu sebelum menumbuk badan dan kepala serta menolak mangsa hingga terjatuh ke lantai. – Lapor Harian Metro

Lelaki itu memijak perut dan menendang isterinya beberapa kali selain mencekik serta mengugut mahu membunuh isterinya.”

Semasa kejadian, anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun cuba untuk menghalang tapi juga dipukul bapanya.

“Dia ditampar bapanya sebelum adiknya keluar pergi meminta tolong daripada jiran.”

“Tidak lama kemudian, jiran datang meleraikan pergaduhan itu dan suspek keluar dari rumah berkenaan.”

 

Mangsa sering dipukul sejak kebelakangan ini

Menurut mangsa yang berusia 38 tahun itu, suaminya, 40 tahun, sering memukulnya sejak kebelakangan ini hanya disebabkan oleh salah faham.

Bagan1

Hasil siasatan mendapati,

“Tiada senjata digunakan dalam insiden berkenaan dan suspek hanya menggunakan tangan serta kaki untuk memukul isterinya.”

“Polis kemudian menahan suami mangsa semalam untuk siasatan dan ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 kerana memukul menggunakan tangan, kaki dan mengugut mangsa.”

Kejadian ini berlaku kelmarin di Taman Mesra, Bagan Lalang.

Kawallah marahmu wahai suami.

 

Baca : “Supaya aku tak bunuh kau satu hari nanti” – Isteri List Down Semua Kebaikan Suami

Bagan