in

“Apa je diorang tak buat”- Matahari Tiruan Buatan China Catat Suhu 120 Juta Darjah Celcius Dalam Masa 101 Saat

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuba korang bagitahu sikit, barang apa yang China tak buat. Segala benda dekat dunia mesti dibuat dari China, betul tak?


Nak tahu tak apa lagi yang China cipta? Diorang cipta matahari tiruan pula sekarang tau. Dahsyat betul!

 

China cipta matahari tiruan

Terbaru, matahari tiruan buatan China berjaya pecahkan rekod dunia dengan mencatatkan suhu setinggi 120 darjah Celcius hanya dalam tempoh 101 saat. Matahari pun diorang nak buat ye.

Rekod ini dicatatkan dalam satu eksperimen dan disahkan oleh penyelidik di Institut Plasma Fizik, Akademi Sains China (ASIPP).

Unnamed

Eksperimen ini dilakukan untuk menjayakan projek mega yang dinamakan sebagai Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) yang dibangunkan sejak tahun 2006 sebagai reaktor untuk menjana tenaga berkuasa tinggi.

 

Matlamat sebenar projek mega

Menurut laporan Xinhua News, projek ini dijalankan bertujuan untuk wujudkan kuasa peleburan nuklear sama seperti matahari semula jadi dengan menggunakan gas deuterium yang terdapat di lautan bagi membekalkan aliran tenaga bersih dan stabil.

0Da83284E9Ea4Ab6B6Fecad30Bad825D

Korang tahu tak? Setiap satu liter air laut yang mempunyai gas deuterium dan melalui proses peleburan dipercayai boleh menghasilkan jumlah tenaga yang sama dengan 300 liter petrol tau! Banyak tu weh.

So, boleh dikatakan bahan mentah yang digunakan dalam projek mega ini mesra alam dan tak beri impak buruk kepada alam sekitar sebab diorang cuma gunakan air laut sahaja untuk jana tenaga.

Bolehkah Berwudhu Dengan Air Laut Stm

Air laut adalah sumber tenaga semulajadi yang berbeza dengan sumber lain seperti petroleum, arang batu dan gas asli yang mana kuantitinya akan berkurang dan kehabisan serta boleh memudaratkan alam sekitar.

Agaknya apa lagi la China nak cipta lepas ni eh?

 

Sumber: Xinhua News

Baca:[VIDEO] Pencakar Langit 79 Tingkat Di China Tiba-Tiba Bergoyang, Ramai Lari Bertempiaran

Capture 2

Sumber: Xianhua News
Sumber: Xinhua News
Sumber: SINDOnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.