“Apa faedah korang hina Kpop yang tak bersalah tu?” – Pemuda Ini Kongsi ‘Detik Cemas’ Nyaris Disaman Fan Kpop

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang jangan main-main dengan peminat Kpop tau, mereka ada pengaruh yang sangat kuat. Silap-silap nasib korang akan jadi macam pemuda ni.

Gara-gara terlalu banyak troll Kpop, dia hampir diheret ke mahkamah!

 

“Baik buang semua tweet & retweet yang hina Kpop sebab ada sorang ni dia nak heret benda ni ke mahkamah”

Sumber : Twitter

“Teringat detik cemas dalam hidup bila hampir disaman oleh peminat Kpop.”

Takut kan? Rata-rata netizen bersikap sarkastik dengan tweet yang dimuat naik oleh Halim Helmi ni.

Ada juga yang kongsikan pengalaman mereka dikecam oleh peminat-peminat tegar Kpop. Haihh! Netizen ni pun jangan lah hina diaorang macam tu sekali. Hidup Kpop!

Lepasni siapa yang kutuk idola admin, admin nak saman dia. Marah ni!

 

Respon sarkastik netizen

Nak minat tu tak salah tapi jangan lah sampai taksub, masing-masing ada citarasa dan minat tersendiri. Tak gitu?

Bagi mereka yang tak minat dengan sesuatu perkara sekalipun, usahlah kita nak condemn minat diaorang. Alahai! Siap nak saman lagi

 

Baca : Hangin’ Satu Badan Dilabel Bodoh, Peminat Tegar Kpop Ini Sanggup Tayang Result Cemerlang PMR & SPM

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?