in

Apa Cite Kertas Undi Takde Cop Rasmi SPR?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Make sure korang buat pilihan yang bijak!


Ketika ini mungkin ada yang dah selesai mengundi tapi mesti ada yang still tengah beratur tunggu giliran nak buat undian kan? But dengar cerita, tak sampai 3 jam sesi mengundi bermula, ada dah drama PRU! Macam dah agak je benda ni akan berlaku kan?!

Admin ada lah nampak dekat Facebook dengan Twitter orang duk kecoh pasal isu kertas undi. Katanya, dekat certain pusat undian, kertas undian diberikan pada pengundi tanpa cop! Kalau korang taktau lagi, SEMUA kertas undian perlu ada:

  • Ada nombor siri
  • Ada cop rasmi SPR
  • Tiada tanda kerosakan

Ni contoh macam mana rupa kertas undian yang sepatutnya diterima oleh pengundi:

 

Ni admin list kan jugak step by step apa yang berlaku ketika nak buat undian:

Masa masuk bilik tu, akan ada 3 orang kerani.

Kerani pertama:

  • Anda serahkan IC dan dia akan sahkan
  • Kerani tu akan check jari kiri untuk pastikan sama ada korang dah vote ke belum

Kerani kedua:

  • Kerani ni pulak akan bantu korang untuk celupkan jari ke dalam dakwat

Kerani ketiga:

  • Dia akan berikan kertas undian
  • Lepas tu, dia akan tandakan kertas undian dengan cop rasmi SPR dan serahkan pada korang
Sumber: Sinar Harian

 

SPR tak ikut prosedur?

Apa yang kecoh dekat Twitter dengan Facebook tu, katanya SPR tak patuhi prosedur sepatutnya sebab ada yang terima kertas undian TANPA cop rasmi. Kalau takde cop rasmi pada kertas undian, ia akan dikira sebagai ‘undi rosak’. Hmmmm…

So, sesiapa yang belum buat undian lagi tuuu, pesan dekat family, kawan-kawan dan sesiapa yang korang kenal untuk make sure dorang check kertas undian before pangkah.

 

Kalau korang tengok ada yang tak kena dengan kertas undian tu…

Minta TUKAR! Itu hak anda sebagai pengundi!

Sumber: SCMP

Walaupun ianya kesalahan daripada mana-mana pihak dengan sengaja atau tanpa sengaja sekali pun, kita sebagai rakyat kenalah pastikan undian kita tu sah! Sebab apa? Sebab setiap undian tu penting!

Baca: “Bersatu di Perantauan Demi PRU14”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.