in

“Bersatu di Perantauan Demi PRU14”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas, ribuan rakyat Malaysia tinggal di overseas merungut tak dapat borang undi dalam masa ditetapkan sebelum dihantar semula ke Malaysia pada 9 Mei ni.


Segelintir daripada mereka ni share kisah dorang di media sosial yang rata-rata mengaku hanya dapat borang undi pada hari mengundi awal (5 Mei), yang mana menjadi masalah kepada mereka untuk hantar semula borang tersebut just in time sebelum terlewat. 

Pengundi overseas takkan efek keputusan PRU14

Tengah semua orang kecoh-kecoh fikirkan cara nak selesaikan masalah, tetiba ahli parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed berkata, pengundi tinggal di overseas takkan beri apa-apa efek kepada keputusan PRU14 ini.

“Jumlah rakyat Malaysia yang mengundi di perantauan ialah kurang 0.1% daripada populasi. Ia takkan mengubah keputusan pilihan raya. Jangan terlampau teruja,” katanya.

Sumber: The Star

Papepun kata-kata Nur Jazlan ni ternyata tak beri apa-apa efek jugak kepada pengundi overseas sebab dorang tetap berusaha nak hantar borang undi pulang ke Malaysia! 

Segelintir rakyat Malaysia yang kini tinggal di Australia misalnya, telah menunjukkan solidariti mereka dengan berganding bahu membantu antara satu sama lain untuk menghantar borang undi masing-masing pulang ke tanah air secepat yang mungkin, lapor WORLD OF BUZZ.

Kumpul borang undi untuk dibawa pulang ke tanah air

Kisah mengenai lebih 200 rakyat Malaysia buat perjumpaan di Victorian State Library dekat Melbourne untuk kumpul borang undi pos pengundi overseas ni telah mendapat perhatian ramai kat media sosial. Dilaporkan sebilangan daripada mereka yang tinggal kat luar negara pulang ke Malaysia secara sukarela, semata-mata untuk hantar borang undi rakan mereka yang lain pada Rabu (9 Mei) ini.

Sumber: Twitter

Ada jugak dalam kalangan rakyat Malaysia kat Amsterdam buat perjumpaan yang serupa di lapangan terbang sana demi untuk kumpul borang undi pos sebelum membawanya pulang ke Malaysia. Wow semangat! 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Sanggup bersusah payah ke pejabat pos demi ambil borang undi

Kepayahan seorang rakyat Malaysia yang sanggup bergegas ke post office pada saat-saat akhir juga diceritakan di Twitter dan sangat menyentuh hati kebanyakan netizen tempatan yang membaca. Salutelah bro! Macam ni lah anak Malaysia! 

Sumber: Twitter

Kegigihan dan semangat yang ditonjolkan rakyat Malaysia di perantauan ni dalam berganding bahu menjalankan tanggungjawab atas nama demokrasi sangat menyentuh hati kita semua. Apa-apapun bagi admin, tak kisahlah siapa yang menang PRU14 ni, yang penting kita semua saling support masing-masing dalam apa jua keadaan kita berada! #SayaAnakMalaysia

Jangan lupa untuk check tempat mengundi anda sebelum keluar mengundi esok. Selamat jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia! 

Baca: ‘Mana borang undi pos?’ 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.