Hari ini rancak… di sini rancak… di sana rancak berdosa…
Haa… sebut je ungkapan ini, terus terngiang-ngiang suara yang tengah trending kat Tiktok sekarang, kan?
Sejak kebelakangan ni, kerap betul kita nampak trend suara ‘Rancak Berdosa’ ni digunakan di laman sosial, terutamanya di Tiktok. Sampaikan ada selebriti yang menggunakan tagline ini dalam program televisyen seperti Maharaja Lawak Mega 2021.
Senang cerita, satu Malaysia dah kenal lah dengan trend ni.
Sehubungan dengan itu, pemula trend ini iaitu Ahmad Saffuan tampil memberikan penjelasan di sebalik ungkapan yang semakin merebak di serata negara ini.
Melalui perkongsian lebih 2 minit itu, lelaki ini menjelaskan bahawa ungkapan ‘rancak berdosa’ itu peroleh ketika bermain badminton dengan salah seorang rakannya. Tertarik dengan frasa tersebut, dia mencari video yang dinyatakan oleh rakannya di Tiktok.
Menurutnya, ungkapan rancak berdosa itu sudah disebut-sebut oleh seorang penggemar motosikal di Tiktok. Frasa itu dikatakan hanya sekadar suka-suka dan tidak membawa apa-apa maksud tersirat. Namun, content yang dibuat oleh individu itu tidak begitu ‘meletup’.
Walau bagaimanapun, Ahmad Saffuan mengaku tertarik dengan ungkapan tersebut dan cuba membuat content dengan caranya yang tersendiri.
Aku ulang balik, lepas tu aku ada lah tambah sikit dengan cara aku dan style aku. Dengan niat saja je suka-suka nak post kat akaun sendiri, kan? Nak bagi kawan-kawan tengok, nak bagi kawan-kawan happy. Takde niat lain pun”
Untuk menutup penjelasannya, Ahmad Saffuan juga menyatakan dia tidak akan claim ungkapan tersebut sebagai milikannya atas dasar hormat kepada pemula sebenar frasa itu. Dia turut memohon maaf kepada pencipta frasa meletup itu.
Tak sampai sehari video ini dimuat naik, jumlah tontonannya sudah melebihi 2 juta. Rata-rata netizen memuji tindakannya yang tidak mengambil hak cipta orang lain untuk jadi kepunyaannya sendiri. Respect betul!
Tak apalah, bang. Sekarang dah memang satu Malaysia tahu wajah di balik ‘Rancak Berdosa’ tu. Mana-mana rancak…..
Sumber: Tiktok