in

[TERKINI] Anwar Ibrahim Terima Perkenan Menghadap YDP Agong 13 Oktober Ini

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan lepas, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumum mengatakan yang dia dah mempunyai bilangan parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru dan dah bersedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Pun begitu, kerana keadaan kesihatan YDPA yang tak mengizinkan dan perlu mendapat rawatan di IJN, perkara tersebut terpaksa ditangguhkan.


Sebentar tadi, melalui kenyataan media dari DS Anwar Ibrahim di Twitter peribadinya, beliau memberitahu yang YDPA telah pun memperkenankan beliau untuk menghadap pada 13 Oktober nanti.

Ejyrgaevcaai0Dc

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, InshaAllah.”

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.”

Dalam kenyataan Anwar juga, beliau turut meminta agar rakyat Malaysia terus bertenang dan sentiasa menjaga kesihatan serta terus doakan dari rumah atau tempat kerja dan mematuhi prosedur Perintah Kawalah Pergerakan Pemulihan.

 

Baca: [TERKINI] “Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh” – Sidang Media Khas Anwar Ibrahim

Screenshot 2020 10 08 At 4.19.00 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.